Menguruskan kanak-kanak Autism agak mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi, para penjaga juga perlu mendedahkan mereka pada persekitaran dan rutin harian agar dapat membantu perkembangan mereka.
Untuk mengelakkan tantrum, kanak-kanak Autism memerlukan sesuatu untuk menenangkan mereka. Ada yang suka mainan, persekitaran yang sunyi dan tenang dan ada juga yang perlu jajan atau manisan seperti adik gadis ini.
Sambil membeli jajan, gadis itu juga mengambil peluang tersebut untuk memberi pendedahan pada adiknya yang autistik.
Terbaharu, seorang gadis htylh telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat adik autismnya sewaktu berada di pusat membeli belah.
Keluar untuk mencari barangan, adiknya itu sentiasa memerlukan jajan atau manisan bagi mengelakkannya mengamuk. Membawanya masuk ke dalam farmasi Guardian untuk membeli beberapa paket snek, gadis itu juga cuba mendidiknya untuk membayar tiap kali ingin membeli.
Walaupun adiknya ada juga terganggu gara-gara melihat snek yang lebih menarik, gadis itu berjaya mengambil perhatiannya dan pergi ke juruwang untuk membayar snek yang telah dipilih.
Habis sahaja snek yang dibeli tadi, adiknya terus membawanya ke Baskin Robbins bagi membeli secawan aiskrim. Akur dengan permintaan adiknya, mereka disuruh beratur untuk mendapatkan aiskrim tapi gadis itu menjelaskan keadaan adiknya yang istimewa.
Seperti tadi, gadis itu juga turut mendidik adiknya untuk membayar pada juruwang dan mengambil aiskrimnya yang telah disiapkan.
Menurutnya, dengan cara begini sahaja barulah adiknya boleh tenang bila berada di pusat membeli belah.
@htylh Bila adik autism masuk mall #fypmalaysia🇲🇾tiktok #fypviralシ゚ #autismtiktok #autismsiblings
@htylh Bila adik autism masuk mall #fypmalaysia🇲🇾tiktok #fypviralシ゚ #autismtiktok #autismsiblings ♬ original sound – Hannah
Menjengah di ruangan komen, orang ramai bukan sahaja terpikat dengan kecomelan adik wanita itu, tapi ada juga yang memuji kekuatan dan kecekalan gadis itu dan keluarga dalam mendidik adiknya yang istimewa.
Menjaga anak yang autistik ini sememangnya satu cabaran tapi percayalah ia menjadi satu perkara yang sangat mulia dan akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda.
Kredit: htylh
Baca Juga: “Boleh Tahan Laser!” – Cucu Tanya Soalan ‘Pedas’ Gara-Gara Nenek Ini Tak Berhenti Makan Dari Tadi