Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mak Mertua Moody? Cuba Pula Menyediakan Hidangan Ayam Percik Kuah Putih Ini. Dijamin Kembali Ceria

Mak Mertua Moody? Cuba Pula Menyediakan Hidangan Ayam Percik Kuah Putih Ini. Dijamin Kembali Ceria

Kategori: ,
AYAM PERCIK KUAH PUTIH

Hubungan dengan mertua perlulah dijaga. Tidak mustahil untuk memikat hati mereka jika anda tahu caranya. Antara cara paling mudah adalah dengan memasak hidangan yang sedap dan kena dengan selera mereka.

Antara hidangan yang sangat disukai orang ramai adalah ayam percik. Tidak hairan jika mertua anda juga menggemarinya. Jadi jika ingin memenangi kasih sayang mereka, cubalah menyediakan resepi ayam percik kuah putih ini yang telah dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh di group Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Ayam Percik Kuah Putih

Bahan-Bahan

  • Ayam (Dikelar)
  • Santan kotak
  • 3 sudu lada hitam
  • 2 labu bawang
  • 8 batang serai
  • 2 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • Asam keping
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa (dapatkan yang ini)

Cara Penyediaan Ayam

  1. Kisarkan bawang putih, halia dan serai menggunakan penggisar. Letakkan sedikit minyak masak.
  2. Perapkan ayam dengan bahan-bahan yang telah dikisarkan. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa dan perapkan semalaman.
  3.  Keluarkan dari peti ais dan bakar di atas dapur.

Cara Penyediaan Kuah

  1. Kisarkan bawang besar, halia dan serai serta lada hitam yang telah ditumbuk halus. Kisarkan bersama santan kotak.
  2. Kemudian, tumiskan dengan sedikit minyak panas yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  3. Bila sudah separuh masak, tambahkan santan kotak.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  5. Letakkan asam keping untuk maniskan. Sedia untuk dituang atas ayam yang dibakar tadi. AYAM PERCIK KUAH PUTIH AYAM PERCIK KUAH PUTIH

Hidangan ayam percik kuah putih ini mudah sahaja untuk disediakan namun dijamin akan menawan hati keluarga anda bila dicuba. Sudah tentu mertua akan sentiasa menambahkan nasi bila dimakan.

Jangan lupa untuk mencuba dan kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Yayar B. Awang Noh via MAHN

Baca Juga: Wanita Dedah Resepi Percik Ikan Kembung Terlampau Sedap, Menu Yang Wajib Dicuba!

tags: