Wajah yang cantik dan sihat menjadi idaman semua, tak kira lelaki atau perempuan. Sekarang, terdapat pelbagai jenis masker di pasaran yang menjamin untuk bukan saja memutihkan kulit tapi juga mencegah jerawat, memudarkan parut, mengurangkan minyak dan sebagainya.
Tapi tahukah anda, nak cantik itu mudah saja? Dengan beberapa bahan di dapur, anda boleh buat masker wajah sendiri di rumah. Tak perlu habiskan duit, kalau pergi Watson atau Guardian, terbeliak mata tengok harga satu face mask. Buat sendiri lebih jimat!
Kalau anda nak cuba buat masker sendiri dan nak kulit yang sihat dan berseri, boleh cuba resepi masker soya yang dikongsikan Zuraida Adam di Facebook. Sangat mudah dan cuma memerlukan beberapa bahan saja. Jom baca untuk perkongsian penuh olehnya.
Kacang soya sangat power dalam menghilangkan parut jerawat kat muka dan parut penyakit kulit.
Kacang soya salah satu ejen whitening untuk muka dan badan.
Tapi kenapa kite minum soya banyak tapi tak jugak putih? Sebab soya dalam bentuk minuman dah melalui proses heat process. Heat process ni akan mematikan ejen pemutih yang asli dalam soya.
Soya bertindak seperti ejen pemutih bile tidak melalui heat process.
Jadi nak buat macam mana?
Boleh lah cuba masker soya ini sebanyak 2 atau 3 kali seminggu. Masker ini mudah dan murah saja. Siapa kata nak cantik itu kena habiskan banyak duit? Cuma perlukan beberapa bahan dari dapur saja, jimat sangat.
Selamat mencuba.
Kredit: Zuraida Adam
Baca Juga: Rahsia Kulit Cantik Dan Awet Muda, Amalkan Susu Almond Kunyit Yang Enak Penuh Berkrim Ini.