Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nanti Mama Beli Je..” Cuba Menyediakan Donat Untuk Anak-Anak, Akhirnya Wanita Ini Sendiri Kecewa

“Nanti Mama Beli Je..” Cuba Menyediakan Donat Untuk Anak-Anak, Akhirnya Wanita Ini Sendiri Kecewa

Kategori:
MENYEDIAKAN DONAT K

Sebagai seorang ibu, apa yang diminta oleh anak-anak pasti kita ingin menunaikannya. Walaupun tidak berkemampuan, kegembiraan anak-anak sentiasa didahulukan, tak sampai hati untuk menolak.

Kalau anak-anak di rumah sudah menangis dan ingin merasai masakan dari ibunya, sudah pasti kita akan terus ke dapur untuk memasak hidangan pilihan mereka. Namun, mesti kita akan berasa sedih apabila

Cuba Menyediakan Donat Tapi..

Di laman Facebook, seorang pengguna, Izzatul Husna Ishak, memuat naik sebuah gambar dan berkongsi rasa kekecewaannya dengan donat yang baru sahaja dihasilkan olehnya baru-baru ini.

Menurutnya, kebelakangan ini, anak-anaknya teringin untuk menikmati beberapa biji donat dari air tangannya. Akur dengan permintaan mereka, dia cuba untuk menyediakan donat sebaik mungkin untuk mereka.

Namun, hasilnya amat mengecewakan apabila donat itu didapati masih lagi mentah. Kecewa, dia lebih rela memilih untuk membeli daripada menyediakannya sendiri kerana ia bukanlah perkara yang mudah.

Anak-anak nak makan donut, suruh mamanya buat. Ni lah hasilnya, dalamnya mentah.

Last2 mama kata, ‘Dahla, nanti mama beli jela, mama tak pandai buat’.

Warganet Bagi Semangat

Walaupun perkara itu menghampakan, warganet tampil untuk memberikan wanita itu sedikit semangat agar dia terus berusaha untuk menghasilkan donat yang enak. Nanti bila anak-anak teringin, boleh lah menyediakannya. MENYEDIAKAN DONAT K

Terus Cuba, Ada Caranya

Mungkin tersalah cara, mereka turut cadangkan beberapa langkah yang boleh dicuba olehnya untuk perbaiki donat itu. MENYEDIAKAN DONAT C

Rasa sangat kecewa apabila kita tidak dapat tunaikan permintaan anak-anak sebaik mungkin, kan? Sebagai seorang ibu, sudah pasti kita ingin berikan yang terbaik pada mereka.

Namun begitu, jangan biarkan ia mematah semangat. Terus perbaiki masakan itu, nanti bila anak-anak teringin untuk makan donat, bolehlah menyediakannya. Sudah pasti ia akan menjadi.

Kredit: Izzatul Husna Ishak via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: “Konon Bini Terer Semua Benda..” Usaha Gigih Wanita Ini Untuk Masak Tak Jadi Gara-Gara…

 

tags: