Brownies menjadi pencuci mulut yang digemari ramai dan bagi mereka yang sangat menyukai manisan memang ketagih dengannya.
Terdapat pelbagai jenis brownies yang anda boleh cuba, antaranya adalah Brownies Biscoff, khas untuk penggemar Lotus Biscoff. Tak perlu ke mana-mana kafe, di sini kami berkongsi resepinya oleh Qien Aziz II di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Suka Manisan? Cuba La Resepi Brownies Biscoff Ini, Gerenti Puas Hati
Bahan A
- 250 gram coklat gelap
- 4 sudu besar mentega
Bahan B
- 1/2 cawan gula perang
- 2 biji telur ayam gred A
- Esen vanilla
Bahan C
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
Bahan D
- Biskut Lotus Biscoff
- Lotus Biscoff Spread – dapatkan di sini
Cara-caranya
- Cairkan bahan A menggunakan teknik double boil. Ketepikan.
- Ayakkan kesemua bahan C dan ketepikan.
- Dalam satu bekas, satukan bahan A dan bahan B, kacau hingga rata.
- Kemudian, tambahkan bahan C dan kacau lagi hingga sebati. Tuang dalam loyang.
- Letakkan biskut dan spread Lotus Biscoff di permukaan.
- Bakar mengikut tetapan oven masing-masing.
- Bila brownies sudah masak, keluarkan dari oven dan sedia untuk dinikmati.
Penggemar perisa Lotus Biscoff boleh cuba resepi ini, memang sedap dan kena dengan selera. Kalau anda rasa teringin nak makan sesuatu yang manis, cuba lah resepi brownies biscoff ini.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Qien Aziz II
Baca Juga: Ini Rahsianya! Tips Kuih Apam Nasi Supaya Jadi Lebih Gebu. Nak Merekah Cantik Kena Guna Cara Ini