Antara makanan kampung yang menjadi kegemaran ramai ialah itik, ayam, daging dan ikan keli salai. Ia mempunyai rasa yang smokey serta daging kekal berjus. Selalunya ia enak dimakan bersama aneka sambal atau dijadikan masak lemak cili api.
Ramai yang menyangka bahawa penyediaan lauk salai ini mudah tapi tidak juga. Memerlukan masa, suhu serta teknik yang tepat, mereka yang kurang berpengalaman tentu akan tersilap langkah dan akhirnya merosakkan daging yang ingin disalai.
Terbaharu, seorang peniaga yang menjual aneka daging salai cuba menyediakan beberapa ekor ikan keli salai untuk dijual di kedainya. Dengan 100 ekor ikan yang berjaya disalai, dia cuba lagi ke smoker untuk menyalai 100 ekor lagi.
Setelah disusun dalam smoker, lelaki itu meninggalkannya seketika untuk siap disalai. Beberapa jam berlalu, lelaki itu membuka hud smoker miliknya untuk memeriksa ikan keli tersebut tapi alangkah terkejut dirinya apabila melihat kesemua isi ikan hancur berderai!
Kerugian, lelaki itu terkilan seketika bila melihat jumlah ikan yang telah rosak akibat hal itu. Tambahnya, mungkin teknik yang digunakan adalah kurang tepat jadi mungkin ada sesiapa yang boleh membantunya dengan berkongsi beberapa tips untuk mengelakkan hal ini dari berulang.
https://www.tiktok.com/@miranomohamed/video/7103927745608043803?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@miranomohamed Salai keli 200 ekor. 100 ekor decide buat onar 🤣🤣🤣🤣#kelisalai #kelisalaimasaklomak #salaihouse #masukberanda #fyp #masukberandafyp ♬ suara asli – NAMA KOK FIKI – Fiki Goo 20k🍻
Menjengah di ruangan komen, beberapa warganet berpendapat bahawa perkara itu terjadi kerana ikan keli yang digunakan adalah tidak segar dan hampir rosak. Perkara itu menyebabkan isinya lembik dan bila disalai, sebab itulah ia berderai sebegitu.
Tambahan pula, ada beberapa yang menasihatkannya untuk menyalai ikan menggunakan penyepit yang sering digunakan untuk membakar ikan. Ini kerana teknik menggantungnya seperti daging, itik atau ayam adalah tidak sesuai memandangkan isi ikan lebih lembut.
Ketika ingin memasak, pastikan semua peralatan dan teknik yang digunakan adalah menepati. Sebagai langkah berjaga-jaga, lakukan ujian dahulu sebelum memasak dalam kuantiti yang besar. Ini supaya kita dapat mengelakkan kerugian.
Kredit: miranomohamed
Baca Juga: Harga Air Mineral Cecah RM5 Satu Botol, Wanita Ini Rasa Sampai Nak Pengsan