Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Bowlpizza Breakfast Mudah & Cepat Untuk Disediakan, Seisi Keluarga Pasti Suka

Resipi Bowlpizza Breakfast Mudah & Cepat Untuk Disediakan, Seisi Keluarga Pasti Suka

Kategori: ,
bowlpizza

Bila ingin menyediakan sarapan pagi, ibu-ibu sudah tentu akan berasa pening. Ini kerana proses penyediaannya tidak mudah. Oleh kerana terlalu banyak pilihan dan anak-anak juga cerewet bab makanan, boleh hilang mood untuk memasak di dapur.

Untuk mudah dan menarik minat anak-anak untuk bersarapan, anda boleh menyediakan bowlpizza dengan menggunakan air fryer sahaja. Bahan-bahan juga mudah didapati di mana-mana kedai runcit dan pasaraya jadi jika berminat, jom baca resepi yang telah dikongsikan oleh Siti Nazriah di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resipi Bowlpizza

Bahan-Bahan

  • 3 keping roti
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu besar mayonis (guna jenama ini, tentu lebih sedap.)
  • Sosej
  • Bawang holland
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • Kepingan keju mozarella

Cara Penyediaan

  1. Ambil roti, sosej dan bawang holland untuk dipotong pada bentuk dadu.
  2. Pecahkan telur dan kacau bersama mayonis, garam dan lada hitam.
  3. Dalam mangkuk, gaulkn semua bahan.
  4. Letakkan kepingan keju mozarella.
  5. Menggunakan air fryer, panaskan dengan suhu 180C selama lima minit sebelum membakar pizza. Bila sudah tamat, bakar pizza dengan suhu 160C selama sepuluh minit. bowlpizza bowlpizza

Resepi ini mudah sahaja untuk disediakan. Tanpa perlu mengotorkan dapur dengan percikan minyak, anda boleh menyediakannya dengan mudah. Lagipun, anak-anak tentu tertarik dengan bowlpizza ini. Jika anda mempunyai anak-anak yang cerewet soal makanan, boleh sediakan hidangan ini untuk mereka. Tentu mereka akan suka dan menghabiskannya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Siti Nazriah via MAHN

Baca Juga: Ini Resepi Scone Yang ‘Failproof’, Sesiapa Sahaja Tentu Boleh Cuba Menyediakannya

tags: