Di usia yang masih kecil, kebanyakkan kanak-kanak akan jujur dan suka cakap lepas. Adakalanya kata-kata mereka mungkin akan menyinggung perasaan tapi semua itu adalah kerana mereka masih dalam proses mengenali dunia dan cara bergaul.
Jadi sebagai orang dewasa, janganlah kita cepat terasa hati dengan kata-kata mereka, sebaliknya ambil sahaja ia sebagai gurauan seperti yang dilakukan nenek ini.
Berada dalam perjalanan selepas keluar bersama, seorang ibu, hafizahamzah54 telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi gelagat lucu anaknya yang masih kecil sewaktu dalam kereta.
Gara-gara lapar, ibu wanita itu membeli satu paket pau untuk dimakan dalam kereta. Namun sedang asyik menikmati makanannya, dia tak sangka bahawa cucu di sebelah akan bertanya soalan yang cukup ‘pedas’.
“Mak Tok, tak penat ke mulut tu? Asyik makan saja.”, usik cucu pada neneknya.
Terkejut dengan soalan cucu, nenek itu bagaimanapun tidak memarahi, sebaliknya terhibur dan siap menawarkan sebiji pau pada kanak-kanak itu yang hanya tersenyum manja.
@hafizahamzah54 Memula maktok kata hang ni adwa tak lenguh mulut ka dok bercakap sedia. Haa pastu dia kata balik kat maktok🤣
@hafizahamzah54Memula maktok kata hang ni adwa tak lenguh mulut ka dok bercakap sedia. Haa pastu dia kata balik kat maktok🤣♬ bunyi asal – Hafiza Hamzah
Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut tergelak apabila melihat gelagat cucu dengan neneknya. Pandai mengusik orang dewasa, nampaknya kebanyakkan kanak-kanak juga begini dan suka bercakap lepas.
“Anak saya umur empat tahun suka nau cakap; Makwan ni asyik makan je, nanti gemok baru tau! Adoi la.”, cerita UmmiAniqHannanMY.
Mulut kanak-kanak ini memang agak pedas tapi janganlah pula kita terlalu cepat memarahi mereka. Kadang-kadang kata-kata yang dikeluarkan bukannya niat untuk menyindir atau apa, tapi sekadar untuk bergurau.
Tapi jika perlu ditegur, tegurlah. Namun jangan hingga memarahi mereka secara melampau atas sifat asli mereka.
Kredit: hafizahamzah54
Baca Juga: “Berbaloi Tapi..” – Beli Coklat Di Cameron Highlands, Lelaki Ini Kecewa Akhirnya Teruk Kena Scam