Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Anak-Anak Susah Makan Nasi? Buat Cucur Nasi Macam Ni, Confirm Mereka Tak Perasan!

Anak-Anak Susah Makan Nasi? Buat Cucur Nasi Macam Ni, Confirm Mereka Tak Perasan!

Kategori:
Cucur Nasi

Kalau anda ada anak-anak yang susah nak makan nasi, boleh ikut cara ini. Buat cucur nasi macam ni, confirm mereka tak perasan dah termakan nasi. Sudah tentu anda sebagai ibu bapa risau jika anak tidak mendapat khasiat yang cukup. Jadi, jangan lupa cuba ya!

Anak-Anak Susah Makan Nasi? Buat Cucur Nasi Macam Ni, Confirm Mereka Tak Perasan!

Bahan-bahan:

  •  3 biji telur
  • Garam
  • 2 senduk nasi
  • 1½ sdm tepung gandum
  • Karot
  • Daun bawang/kucai

Cara-cara:

  1. Pecahkan 3 biji telur. Gaul sebati dgn sesudu kecil garam.
  2. Letak 2 senduk nasi, gaul sebati.
  3. Letakkan 1½ sudu mkn tepung gandum. Gaul sebati.
  4. Letakkan carrot cincang dan daun kucai yang sudah dihiris halus. Boleh gantikan dengan dau bawang juga. Gaul sebati.
  5. Ratakan minyak dalam kuali dan panaskan. Minyak jangan terlalu banyak, jangan sampai tenggelam cucur nasi.
  6. Letak dalam kuali, bentukkan jadi bulat dan leper.
  7. Balik-balikkan sampai garing.
  8. Siap untuk dihidang.

KreditL Norzaiha Razali

tags: