Biasanya pelanggan akan selalu mengadu tentang cucur yang selalu dibeli tiada isi. Jika adapun sangat sedikit dan membuat pelanggan berasa tidak puas hati dengan pembelian tersebut.
Lain pula cerita wanita ini, beliau menjual Cucur Udang Galah dengan harga murah dan udang yang sangat besar. Netizen terpaku dan sehinggakan mahu pergi ke kedai beliau.
Video ini dikongsikan sendiri oleh wanita itu atau peniaga tersebut cucurudangbosar di laman media sosial beliau. Netizen terkejut dengan Cucur Udang Galah tersebut kerana ianya lain dari yang lain, dan ia menarik perhatian pelanggan.
Ada yang sanggup datang dari jauh untuk ke Negeri Sembilan membeli Cucur Udang Galah tersebut.
Peniaga tersebut menerangkan saiz cucur tersebut anggaran saiz S pizza dan mempunyai 3 ekor udang untuk sekeping cucur.
Selain dari itu, ia juga diberikan sekali dengan kuah kacang untuk dimakan bersama Cucur Udang Galah tersebut. Harga juga berpatutan, satu keping cucur udang galah RM15 manakala udang biasa pula RM7 sekeping.
Semestinyalah netizen ingin mencuba Cucur Udang Galah ini di Senawang, Negeri Sembilan. Mereka sanggup untuk datang dari jauh untuk mencuba cucur ini.
https://www.tiktok.com/@cucurudangbosar/video/7196684602688212250
@cucurudangbosar Cucur Udang Galah . 📍 Belakang Giant senawang . #fyp #foryou #peniaga #peniagajalanan #rezeki #cny2023 #seremban2 #senawang #sikamat #negerisembilan #negerisembilan #fypage #cny #giantsenawang #foodietiktok #donutsusu ♬ original sound – DONUT SUSU REDVELVET SENAWANG
Meninjau di ruangan komen, netizen berpusu-pusu meninggalkan komen bahawa ingin mencuba Cucur Udang Galah tersebut.
“Mujur jauh je, kalau tak saya dah serang kedai akak tau.”, komen Froggy bahawa kedai wanita tersebut jauh dari rumah beliau, kalau dekat mesti dah borong.
“Dia biasanya benda sedap, murah dan viral. Mesti jauh dengan rumah kita yang tengok ni.”, komen 8petak.kosong bahawa benda yang murah dan sentiasa viral ini selalunya jauh dari beliau untuk mencuba.
Netizen boleh singgah ke kedai peniaga ini di belakang Giant Senawang untuk merasai sendiri Cucur Udang Galah tersebut.
Kredit: cucurudangbosar
Baca Juga: Jangan Buang Kulit Udang, Guna Untuk Buat Serbuk Perasa Udang Seperti Yang Diajar Wanita Ini