Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Pertama Kali Tengok Chef Tak Tersenyum”- Badan CZN Burak Susut dan Muka Cengkung, Warganet Berduka Bila Dapat Tahu Chef Ini….

Si Bunga by Si Bunga
Mei 10, 2022
in Berita
2 min read
0 0
0
czn burak
0
SHARES
321
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Terkenal sebagai tukang masak yang murah dengan senyuman sambil memasak hidangan bersaiz besar, nama Chef Burak Özdemir sudah tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan warganet serata dunia.

Mesra disapa sebagai CZN Burak, chef terkenal berusia 27 tahun ini juga mendapat perhatian warganet kerana sikapnya yang pemurah dalam berkongsi rezeki bersama orang-orang susah termasuk masyarakat di negara bergolak seperti Jordan dan Palestin. Bukan saja murah dengan senyuman, malah rajin bersedekah!

@cznburak

SEVGİ KAZANACAK❤️🤲 #cznburak #tiktok

♬ orijinal ses – cznburak

Badan CZN Burak Susut Dan Berselirat Dengan Wayar

Namun, senyuman chef yang berasal dari Turki ini pudar dari wajahnya apabila dikhabarkan mengalami penyakit tumor otak.

Khabar duka ini diumumkan kepada warganet menerusi akaun TikToknya kira-kira dua hari lepas. Dalam hantaran tersebut, CZN Burak didapati sedang terbaring di atas katil hospital dengan wayar berselirat pada badannya.

Lebih menyedihkan, wajahnya nampak lebih cengkung dan berat badan Burak juga nyata lebih susut.

@cznburak

❤️❤️🤲🤲

♬ orijinal ses – 卩卂乃ㄥㄖ

Rata-rata warganet dunia turut berduka cita apabila mendapat perkhabaran ini. Menurut sesetengah netizen, inilah pertama kali Chef CZN Burak tak tersenyum. Pasti berat penyakit yang sedang ditanggungnya.

Andai Kata Saya Hilang Satu Hari Nanti, Ingatlah Saya…

Warganet yang bimbang tentang kesihatan diri Burak bertambah risau apabila membaca kapsyen yang ditulis oleh chef ini pada hantaran terbarunya.

Andai kata dirinya lagi di dunia satu hari nanti, cukuplah namanya dikenang semula menerusi video-video memasak serta kerja kebajikan yang pernah dilakukan sebelum ini.

@cznburak

❤️❤️❤️🤲🤲🤲

♬ follow me – paidaly.zat

BacaJuga

siapa chef burak

Sering Tampil Dengan Senyuman Setiap Kali Memasak, Ini Dia 10 Fakta Mengejutkan Tentang Chef Terkenal Burak Ozdemir

Februari 15, 2022
46

Walaupun Sentiasa Tersenyum, Kita Takkan Tahu Derita Yang Ditanggung..

Rata-rata warganet seluruh dunia sangat terkejut mendengar perkhabaran sedih ini. Tiada siapa menyangka bahawa chef yang murah dengan senyuman ini sedang menanggung penyakit yang cukup berat.

Dalam pada itu, ramai yang menitipkan doa buat CZN Burak semoga dia cepat sembuh. Netizen dari serata dunia sempat memberikan kata-kata semangat dan berharap agar Chef CZN Burak dapat kembali tersenyum seperti sedia kala.

Di sebalik senyuman manis chef ini, tersembunyi sebuah ujian yang cukup besar baginya. Pasti warganet tak sabar untuk melihat semula senyuman serta telatah chef berbakat besar ini. Sama-sama kita doakan semoga Chef CZN Burak cepat sembuh.

Kredit : TikTok @cznburak , qatartoday.com

Download WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
Download Premium WordPress Themes Free
Free Download WordPress Themes
online free course
download huawei firmware
Tags: CZN Burak
ShareTweetSend

Related Posts

import beras
Berita

Malaysia Mungkin Tidak Perlu Import Beras Jika Bantu Pesawah Di Kedah Tanam Padi Lima Kali

Mei 24, 2022
36
TAK DAPAT SAMBAL BELACAN
Berita

Pelanggan Mengadu Tak Dapat Sambal Belacan, Akhirnya Peniaga Ini ‘Balas’ Balik

Mei 24, 2022
11.2k
kambing bakar
Berita

“Bukan Tak Bersyukur Tapi..”, Ibu Mengandung Kecewa, Beli Kambing Bakar Tapi Tak Boleh Makan

Mei 24, 2022
2.5k
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist