“Rumah saya ayam bahagian dada tak laku bila masak. Suami dan anak pilih yang tulang-tulang sahaja. Nak laku buat masak macam ni confirm habis,” itulah kata-kata seorang ibu yang berkongsi resepi masak ayam halia kepada orang ramai.
Perkongsiannya di Facebook itu menarik perhatian orang ramai untuk mencuba resepi berkenaan. Biasalahkan, ramai yang lebih tertarik memilih ayam bahagian tulang daripada isi. Katannya, kalau makan isi ia sedikit muak.
Jadi, untuk sesiapa yang banyak lebihan isi ayam bahagian dada biasanya, bolehlah cuba resepi ini. Resepi ini kita panggil dada ayam halia habis licin!
Bahagian Dada Ayam Selalu Tak Laku? Masak Ayam Halia Macam Ni Confirm Habis Licin!
Bahan-Bahan:
- dada ayam
- cili kering
- bawang merah
- halia banyak
Cara Penyediaan:
- Untuk bahan-bahan di atas, potong ayam nipis-nipis. Potong cili kering dan bawang merah belah 6 serta potong halia.
- Panaskan minyak dan goreng cili dahulu.
- Apabila garing, angkat dan letak di tepi.
- Goreng bawang dan hirisan halia yang dipotong tadi.
- Apabila kelihatan layu, angkat dan biarkan di tepi dahulu.
- Mengggunakan minyak yang sama, masukkan ayam dan letak air reneh.
- Lepastu, masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam.
- Masukkan balik bahan yang ditumis tadi.
- Boleh bancuhkan air tepung jagung dan masukkan ia untuk tambah kepekatan kuah (ikut kepekatan yang dikehendaki).
- Perasakan garam secukup rasa.
- Akhir sekali, sebelum tutup api, masukkan daun bawang dan pastikan daun bawang tu tak layu sangat.
Jadi, dah siap kita punya masak ayam halia guna dada ayam ni. Bolehlah cuba masakan ini bagi orang yang selalu membazir dada ayam ataupun yang nak cuba makan dengan selera. Bagi yang sukakan kepedasan, campurkan hirisan cili pun sedap.
Makan pula dengan nasi panas. Untuk anak-anak yang nak makan isi ayam juga boleh cuba. Mana tahu buat macam ni dorang suka kan?
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Fadilah Ila
Baca juga: Ikan Rebus Air Asam Campur Bendi Masakan Lejen! Memang Rasa Berbeza Jika Makan Sekali!