Tentu ramai yang gemar dadih, tak cukup kalau beli satu cup je kat kedai. Namun, ramai juga yang belum pernah cuba dadih yang menggunakan tepung jagung dan tanpa serbuk dadih. Yang pasti lagi berlemak dan berkrim.
Anda boleh cuba resepi ini di rumah dan boleh makan puas-puas. Mesti sedap kan makan ketika cuaca panas. Jom lihat resepi dadih menggunakan tepung jagung yang dikongsikan oleh Nur Haziqah di Facebook.
Resepi Dadih Berlemak Dan Berkrim
BAHAN YANG DIPERLUKAN (9 CUPS)
- 150gm gula (boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Saya buat manis sedang-sedang )
- 20gm serbuk agar-agar (saya guna cap bunga raya)
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil garam
- 1 liter susu segar / susu kotak
- 500 ml air
- Perasa – depends nak guna perasa apa pun
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut. Api slow sekejap sehingga agar-agar larut lepastu baru api kuat sampai mendidih.
- Bila agar-agar dah larut, tapiskan. Dah tapis, masukkan susu dan kacau sebati. Tak perlu masak dah lepas masukkan susu.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan flavor kesukaan. Saya buat tiga flavor. Susu yang plain, cocoa dan nescafe. ps: Kalau guna nescafe, masukkan half packet saja. Kalau masukkan satu packet nanti manis sangat pula.
- Masukkan dalam cup biarkan sejuk.
- Dah sejuk, tutup cup dan masukkan ke dalam peti ais dalam 1-2 jam.
- Siap untuk dimakan.
Mudah je kan, nak buat resepi ni? Sangat berbeza tau dengan dadih tanpa tepung jagung. Anda boleh cuba dengan sukatan anda sendiri dan perisa kegemaran anda, kalau nak lebih sedap jangan kedekut susu tau.
Selamat Mencuba!
Kredit foto dan resepi: Nur Haziqah
Baca Juga: Resepi Dadih Susu Sedap Macam Pasar Malam, Serius Mudah Dan Jimat Berkali Ganda.