Daging black pepper atau daging masak lada hitam merupakan masakan yang sangat terkenal di Asia. Masakan ini biasa dijadikan lauk dimakan bersama nasi.

Lada hitam memiliki banyak manfaat, antaranya ialah mencegah kanser, melegakan batuk dan hidung tersumbat, mengurangkan berat badan, merangsang selera makan dan lain-lain.

Bahan-bahan Perapan:

  • ½ kilo daging
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 4 biji bawang merah – tumbuk halus
  • 2 inci halia – tumbuk halus
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram

Bahan-bahan lain:

  • 2 sudu kecil serbuk black pepper
  • Kicap secukupnya
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit air
  • 2 biji ubi kentang, digoreng
  • Sedikit capsicum hijau
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 1 biji bawang Holland
  • Sedikit daun bawang

Cara penyediaan:

  1. Hiris nipis ½ kg daging. Hiris arah berlawanan urat.
  2. Hiris kasar bawang putih, bawang merah dan halia. Kemudian tumbuk halus semua bahan ini.
  3. Masukkan bahan tumbuk tadi bersama daging dan masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit serbuk lada hitam.
  4. Hiris ubi kentang dan rendam di dalam air.
  5. Potong capsicum, cili merah, cili api, bawang holland dan daun bawang.
  6. Panaskan minyak. Tapiskan kentang yang direndam tadi dan gaulkan dengan sedikit garam. Kemudian goreng sehingga keperangan.
  7. Gunakan sedikit minyak lebihan goreng kentang tadi. Goreng daging yang telah diperap.
  8. Tambahkan sedikit lada hitam dan kicap serta sedikit air supaya daging lebih berkuah.
  9. Bancuh tepung jagung bersama sedikit air dan masukkan dalam masakan tadi.
  10. Masukkan kentang yang telah digoreng bersama bahan yang dipotong tadi dan kacau hingga sebati.
Selamat mencuba !!!
5/5 (1 Review)
(This post has been visited 14 times!)