Masakan Padang bukanlah asing lagi bagi rakyat Malaysia. Menu-menunya memang menaikkan selera terutamanya bagi penggemar hidangan bercili. Salah satu menu yang paling digemari ramai adalah Dendeng Daging Berlado atau Daging Goreng Berlada. Kombinasi daging yang garing dan dimakan bersama sambal berlado yang sememangnya membuka selera.

Sedap sungguh! Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging lembu
  • 15 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu besar kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Rebuskan daging lembu sehingga empuk. Toskan dan potong daging nipis-nipis.
  2. Menggunakan lesung, leperkan daging. Ketepikan.
  3. Menggunakan lesung, tumbuk bawang merah, cili merah, cili padi, halia dan tomato sehingga lumat. Kalau takda lesung, blender pun boleh.
  4. Perapkan daging dengan kunyit dan sedikit garam.
  5. Gorengkan daging sehingga ranggup dan asingkan.
  6. Menggunakan minyak gorengan daging, tumis bahan kisar sehingga wangi, dan masukkan daging yang telah digoreng tadi. Goreng seketika.
  7. Siap untuk dihidang! Makan dengan sepinggan nasi putih panas, ngam habis!
5/5 (1 Review)
(This post has been visited 3 times!)