Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Daging Masak Hitam Kuah Pekat & Rasa Berempah, Resipi Wajib Cuba!

Cara Buat Daging Masak Hitam Kuah Pekat & Rasa Berempah, Resipi Wajib Cuba!

Kategori:

Daging Masak Hitam sangat sedap dihidangkan bersama nasi minyak dan juga nasi tomato. Kalau musim raya wajib ada menu ni.

Rasa kuah berempah yang pekat memang bagi umphh pada menu ni. Makan dengan nasi putih yang panas gerenti tambah nasi. Bukan itu sahaja, dengan pulut kuning pun ngam juga.

Daging Masak Hitam juga tahan lama ya sebab tak guna santan. Jom tengok resipi mudah dan sedap ni.

Resipi Daging Masak Hitam

Bahan-Bahan:

  • 500g daging
  • 1 batang serai, ketuk
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • kicap manis secukupnya

Bahan-bahan tumbuk halus :

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia

Bahan-bahan untuk perapan :

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis

Bahan hiasan :

  • Taburkan dengan daun bawang
  • Cili merah
  • Bawang goreng

Cara penyediaan :

  1. Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
  2. Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  4. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
  6. Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
  7. Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Cepat Lembutkan Daging, Ikut Petua Dari Tukang Masak Thai Dengan Masukkan..

tags: