Daging Masak Kicap

Daging Masak Kicap merupakan salah satu makanan yang kaya dengan protein selain daripada ayam dan ikan. Daging masak kicap merupakan masakan ringkas serta mudah dan boleh di makan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Jom cuba resepi yang mudah , cepat dan sedap ini.

RESEPI

  • 350g daging (digrill dan digoreng dahulu jika suka)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 biji cili api
  • 4 batang kacang panjang
  • 1 sb cili kisar
  • 1 sb sos tiram
  • 2 – 3 sb kicap masin
  • 1/3 cawan air/air daging

CARA PENYEDIAAN

  1. Grill daging lebih kurang 10 minit  dan kemudian hiris nipis daging
  2. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak
  3. Masukkan bawang putih, bawang besar dan daging yang dihiris
  4. Masukkan 1/3 cawan air, sos tiram dan kicap masin (gaul sehingga sebati)
  5. Masukkan kacang panjang, cili api dan biarkan selama 2 minit

 

SIAP DAN SELAMAT MENCUBA

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 4 times!)