Nikocado Avacado atau nama sebenarnya Nicholas Perry, merupakan Youtuber yang terkenal dengan video mukbang. Dia yang dilahirkan di Ukraine mula popular sejak 5 tahun yang lepas.
Hampir setiap hari dia akan memuat naik video mukbang. Setiap hari juga pengikutnya sabar menanti bagi melihat apa lagi yang dimakan olehnya. Berikutan dengan itu, badannya semakin membesar. Berat badannya yang terkini adalah ratusan kilogram dan dia telah disahkan menghidap obesiti.
Namun dahulu Niko merupakan seorang vegan dan memiliki badan yang kurus. Dia hanya makan sayuran dan menolak sepenuhnya pengambilan daging. Tetapi demi mengejar keuntungan yang agak lumayan hasil dari membuat video makan, dia ibarat tidak menghiraukan tentang kesihatannya itu.
Terbaharu dia juga mengalami masalah tulang rusuk dan ia menyebabkan dia terlantar serta memakai alat bantuan pernafasan. Walaupun begitu, dia masih belum serik dan meneruskan kerja nya itu seperti biasa.
Akui Niko, sewaktu kecil dia pernah mengalami tekanan hidup dan keluar masuk pusat terapi sejak umur 5 tahun lagi. Pada usia 7 tahun pula dia sudah mengambil ubat antidepress. Kata Niko, dia hanya inginkan perhatian. Tidak menghiraukan apa pun yang terjadi, dia tetap mengambil kamera dan merakam dirinya.
Baca juga: Ini Cara Buat Air Detox Untuk Kurus Dengan Menggunakan 2 Bahan Ini Sahaja! Kesannya Sangat Power!