Di Malaysia terdapat pelbagai jenis restoran makanan segera seperti McDonalds, KFC, Texas Chicken, Marrybrown, A&W dan lain-lain rangkaian makanan segera. Rata-rata restoran makanan segera yang terbina di Malaysia ini gred A.
Oleh kerana itu, tidak menjadi masalah jika keluar jalan-jalan di luar. Hanya kunjungi sahaja mana-mana restoran makanan segera atau pun lain-lain restoran untuk mengisi perut yang kelaparan.
Namun apa yang boleh menimbulkan sedikit masalah adalah berkenaan dengan rasa makanan, penyediaan makanan dan alatan yang digunakan oleh sesebuah restoran. Kadangkala ada yang mendapat makanan yang sudah tidak elok seperti roti berkulat, ayam berbau atau pun lain-lain.
Hal sebegini biasanya terjadi pada restoran makanan segera. Namun begitu, jika korang alami kejadian seperti ini adukan sahaja kepada pihak restoran berkenaan. Tidak perlu mengutuk atau pun marah-marah.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Cipmong menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan aduan yang dibuat dengan menghantar pesanan ke Instagram McDonalds Tawau. Aduan tersebut dihantar setelah satu dari dua ketul ayam yang dibelinya berbau busuk.
Dalam keadaan tenang, tanpa marah dan makian, Cipmong menghantar gambar ayam busuk berkenaan kepada pihak McDonalds dan menyatakan sebabnya. Tidak lama kemudian, McDonalds membalasnya dengan baik.
Pihak McDonalds sempat memohon maaf, disebabkan ramai pelanggan kerana musim perayaan sehingga menyebabkan pengurus terlepas pandang. Ekoran itu, pihak McDonalds meminta lelaki ini datang kembali ke restoran untuk membuat tuntuntan.
https://www.tiktok.com/@cip_mong/video/7095391967357504794?_t=8UM0Ho2NYKv&_r=1
@cip_mong Mengclaim kita sebab membayar kita.. Tq mekdi sbb reply laju laju.. haha #mekditawau #mcdonalds #mekdimalaysia @mcdmalaysia ♬ Funny Song – Cavendish Music
Disebabkan abang ini yang langsung tidak marah dan mengeluarkan kata-kata kesat, ditambah pula dengan respon baik pihak McDonalds, kedua-dua belah pihak ini mendapat pujian dari warganet.
Ada warga TikTok yang menulis, bagusnya cara lelaki dan pekerja McDonalds berkenaan handle masalah. Malah ada juga yang menulis, mantap bang. Susah nak jumpa orang penyabar.
Tidak kurang juga ada yang merasakan situasi tersebut kelakar. Dalam masa yang sama, ada juga warga TikTok yang berkongsi pernah melalui situasi yang sama. Namun tidak membuat tuntutan kerana malu.
Walaupun lelaki ini dapat ayam busuk dan berbau namun dia masih boleh bersabar dan membuat aduan dengan baik. Sepatutnya sikap sebegini wajar dipuji, begitu juga dengan respon pihak McDonalds yang sangat bagus. Cukup-cukup membantu pelanggannya.
Sumber: TikTok Cipmong