Sebagai pengusaha sebuah restoran, setiap makanan dan minuman yang disediakan perlulah bersih dan berkualiti, lebih-lebih lagi apabila caj yang dikenakan pada pelanggan adalah mahal.
Namun dalam usaha pemilik menjaga reputasi restoran, adakalanya beberapa kesilapan yang akan berlaku dan perkara itu akan menjejaskan imej serta kredibiliti restoran. Oleh itu, setiap pemilik perlu tahu mengetahui cara untuk mengatasinya.
Terbaharu, seorang lelaki unc_jack telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi satu pengalaman mengecewakan yang telah menimpanya ketika keluar makan di sebuah restoran.
Berminat untuk cuba makan di sana walaupun dari luar tidak begitu ramai pelanggan, dia telah memesan beef ribs pada harga RM80 untuk dimakan.
Kelihatan menarik, dia sudah mula membayangkan jenis daging yang lembut dan mudah lerai, berjus bila dipotong. Namun bila dipotong, yang sebaliknya pula dapat.
Daging keras seperti batu dan liat, dia berasa tak puas hati kerana perlu membayar sebanyak RM80 untuk hidangan itu. Tambahan, dia juga kecewa kerana kedai ini dipercayai milik selebriti tapi menyajikan makana sebegini pada pelanggan.
@unc_jack Patut la tajda orang kedai ni.. Nama kedai mashur… Artis punya katanya.. #takfyptakkesahpun #ditaja #malaysia #viral #taknakfyp #fypシ #fypviral
@unc_jack Patut la tajda orang kedai ni.. Nama kedai mashur… Artis punya katanya.. #takfyptakkesahpun #ditaja #malaysia #viral #taknakfyp #fypシ #fypviral ♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop
Setelah video tersebut di media sosial, pelanggan itu memaklumkan bahawa pemilik restoran telah tampil memohon maaf atas segala kekurangan dan turut menawarkan makan percuma di sana sebagai ganti. Tindakan pemilik itu tentu membuat ramai berasa kagum.
Namun di bawah kenyataan itu, orang ramai berasa bahawa sewajarnya dia tidak ke sana kerana tukang masak sudah ‘geram’.
Syukur pihak restoran segera ambil tindakan pada isu tersebut. Kadang-kadang tak semua pemilik sedia untuk mengaku kesalahan dari pihak mereka namun berbeza kali ini.
Semoga sikap pemilik restoran itu menjadi contoh buat para pemilik di luar sana untuk menjaga hubungan dengan pelanggan juga.
Kredit: unc_jack
Baca Juga: “Ilmu Apa Brader Ni Pakai?” – Lelaki Selamba Makan Nasi Kandar Bawah Hujan, Ramai Hairan Lihatnya