Memang rezeki sungguh kalau dapat housemate yang suka ambil berat. Kerana ada sesetengah rakan serumah yang tak kisah pun hal masing-masing. Hari-hari cuma pergi kerja, balik kerja.
Namun lain pula dengan kisah perkongsian oleh Syafi Syahmie ini, dia berkongsikan mengenai rakan serumahnya yang suka memasak dan turut berkongsi rezeki bersama dengan rakan yang lain.
Housemate kiriman tuhan 😭😭😭 pic.twitter.com/4DI3kxchnh
— cami (@syafisyahmie1) December 16, 2020
Memang another level! Bukan biasa-biasa makanan yang dimasak, memang nampak menyelerakan. Menurut Syafi Syahmie, rakannya yang dikenal sebagai ‘Wae’ memang pandai masak dari zaman belajar lagi. Siap pernah jadi juara pertandingan Masterchef di UIA. Bukan calang-calang!
Namun begitu, Syafi Syahmie dan rakan yang lain tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kebaikan Wae. Mereka akan habiskan semua makanan yang dimasak dan kemas dapur sehingga bersih. Syafi Syahmie juga menjelaskan bahawa mereka juga selalu masak dan kemas bersama.
Jangan risau guys, Kami semua habiskan makanan yg dimasak dan kemas dapur sampai bersih. Situasi ni berlaku time weekdays je sebab dia balik kerja awal, so dia terus masak. Yang lain² balik lambat, so tolong kemas dapur jela.
Setiap weekend kitorg masak sesama & kemas sesama 😁
— cami (@syafisyahmie1) December 17, 2020
Netizen juga turut meninggalkan komen dimana rata-rata turut memuji kebaikan Wae. Malah ada juga yang cemburu sebab dapat jadi housemate Wae.
Sumber: @syafisyahmie1
Baca juga: “Khabib Ajak Masuk Ring Baru Tahu..” Gelagat Nakal Chef Femes Prank Atlet MMA Buat Netizen Terhibur!