Semestinya pasti ramai yang sudah mengenali Khabib Nurmagomedov, seorang atlet MMA yang terkenal. Ramai yang kagum dengan habib kerana kehebatan ketika dalam gelanggang. Kehadirannya di gelanggang jua sering digeruning oleh pihak lawan kerana kebolehannya.
Namun bila di luar gelanggang, Khabib sama seperti lelaki lain yang ada sisi ‘lainnya’. Ini terbukti apa satu video gelagat nakal chef terkenal prank atle MMA tersebut. Dalam video itu kelihatan chef tersebut berpura-pura mahu menjatuhkan makanan yang dibawa.
Ia sebenarnya hanyalah sekadar gurauan semata-mata. Apa yang mencuri perhatian netizen adalah reaksi spontan habib yang terkejut dengan prank chef tersebut. Lihat video di bawah:
Cilaka punya chef berani betul dia scam Khabib 🤣 pic.twitter.com/8orRcNLVT3
— Turu Morales (@arivinraj_turu) December 14, 2020
Rakaman pendek tersebut telah meraih hampir 170 ribu tontonan dan 12 ribu tanda suka serta 5 ribu retweets. Malah netizen turut memberi komen menghiburkan yang mencuit hati berkenaan video prank tersebut.
“Sekali khabib triangle choke berhenti masak nanti..”
“Nasib khabib chill…”
“Risau khabib ajak setel je..”
Sumber: @arivinraj_turu