Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Orang Nak Balik, Dia Sibuk..” – Dapat Isteri Yang Sanggup Teman Buat GrabFood Dalam Hujan, Rider Ini Syukur

“Orang Nak Balik, Dia Sibuk..” – Dapat Isteri Yang Sanggup Teman Buat GrabFood Dalam Hujan, Rider Ini Syukur

Kategori:
Isteri Yang Sanggup Teman Buat GrabFood

Dengan ekonomi terkini, ramai pasangan suami isteri perlu bertungkus lumus mencari rezeki demi menyara keluarga masing-masing.

Berkorban demi anak dan isteri, ramai para suami yang akan memilih untuk melakukan pekerjaan lebih. Selalunya mereka akan bekerja sebagai penghantar makanan kerana waktu yang fleksibel dan membiarkan isteri berehat di rumah.

Namun kerana sayang, mana ada isteri yang sanggup melihat suami bersusah-payah seorang diri. Akhirnya, mereka turut ikut demi meringankan beban suami.

“Orang Nak Balik, Dia Sibuk..” – Dapat Isteri Yang Sanggup Teman Buat GrabFood Dalam Hujan, Rider Ini Syukur

Seperti yang telah dilakukan oleh isteri seorang rider GrabFood, ejal.co yang berasa terharu melihat pengorbanan isterinya.

Demi mencari rezeki, lelaki itu sanggup melakukan pekerjaan sebagai seorang penghantar makanan untuk GrabFood selepas waktu kerja. Isteri Yang Sanggup Teman Buat GrabFood

Meskipun risikonya tinggi lebih-lebih lagi dengan cuaca terkini, dia sanggup lakukannya demi menyara keluarganya.

Barangkali isterinya tak mahu melihatnya susah seorang diri, wanita itu turut sanggup menemaninya melakukan pekerjaan tersebut. Isteri Yang Sanggup Teman Buat GrabFood

Tambahannya, semenjak dari pukul 6 petang hingga 10 malam dan cuaca hujan lebat, isterinya tetap berdegil mahu menunggu pesanan dari pelanggan walaupun dia sudah nekad mahu pulang dan berehat. Isteri Yang Sanggup Teman Buat GrabFood

“Ini orang kata perempuan satu dalam sejuta.”, katanya bila melihat kesungguhan isterinya untuk temaninya dalam kesusahan.

@ejal.co

Basah2 pon tetap nak on jugak , dia wanita (isteri) yang hebat 😭🤍 #fyp #xyzcba #fypシ

♬ original sound – Cik_xii – Che_xii

@ejal.co Basah2 pon tetap nak on jugak , dia wanita (isteri) yang hebat 😭🤍 #fyp #xyzcba #fypシ ♬ original sound – Cik_xii

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut terharu dengan pengorbanan isteri lelaki itu dan turut menasihatinya untuk menghargai wanita tersebut.

“Hargai dia tau, terima dia seadanya juga.”, minta seorang pengguna.

Kagum Dengan Pengorbanan Isteri, Ramai Mohon Lelaki Itu Hargai Isteri Yang Sanggup Teman Buat GrabFood

Mana lagi kita nak temui isteri yang sanggup teman buat GrabFood dalam hujan lebat sebegini? Syukur lelaki itu dikurniakan isteri yang sanggup susah senang bersamanya.

Oleh itu, kita perlu lah menghargai pengorbanan pasangan masing-masing.

Kredit: ejal.co

Baca Juga: Buat Prank Telur Pelam Dekat Tokwan, Ramai Terhibur Lepas Lihat Reaksi Warga Emas Itu

 

tags: | | | |