Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Setiap Hari Murid Ini Dapat Makanan Percuma Dari Mak Cik Kantin, Ini Kisah Disebaliknya..

Setiap Hari Murid Ini Dapat Makanan Percuma Dari Mak Cik Kantin, Ini Kisah Disebaliknya..

Kategori:
mak cik kantin

Kasih sayang daripada seorang nenek memang tiada gantinya. Ia bukan sahaja dapat dirasai melalui perbuatan, tetapi ia disalur ke hati dan dirasai hingga ke jiwa.

Menyebut perihal kasih sayang, ia amatlah sesuatu perkara di luar batasan. Ini kerana, walaupun bukan darah daging dan ada ikatan saudara, dengan adanya kasih sayang, hubungan akan menjadi akrab jua.

Setiap Hari Murid Ini Dapat Makanan Percuma Dari Mak Cik Kantin, Ini Kisah Disebaliknya..

mak cik kantin

Terbaharu, seperti yang dikongsikan oleh gadis yang bernama Wan Ilhan Erina Wan Zulkifli ini, dia berkongsi pengalaman menumpang kasih dengan seorang mak cik kantin yang dipanggil nenek di kantin sekolahnya.

Nenek itu bekerja sebagai salah seorang pekerja kantin di sekolahnya. Dia mula rapat dengan nenek berkenaan ketika berada di tingkatan satu setelah Erina ditugaskan menjaga kantin pada waktu rehat.

Menurut perkongsiannya dengan Mstar, nenek tidak pernah berkira bab duit dan tidak mengenakan bayaran ketika dia membeli makanan di kantin.

mak cik kantin

“Kalau bab duit tak payah cakap la, nenek tak pernah berkira. Dia selalu belanja waktu rehat. Nenek tak nak terima duit setiap kali hulur. Katanya saya kenna makan lebih banyak lagi sebab dia suka tengok saya makan.

“Sejak daripada mula masuk sekolah, kami rapat sebab saya jadi pengawas. Saya selalu dijadualkan bertugas jaga kantin waktu pelajar lain rehat.

Apabila habis masa rehat, saya jadi orang terakhir tolong nenek dan pekerja lain membersihkan semula kantin tu walaupun bukan kerja saya. Masa tengah kemas kantin, nenek selalu bercerita kepada saya dan borak dengan saya.

Daripada situlah hubungan kami jadi rapat samapailah saya dah nak habis belajar,” jelasnya bercerita tentang memori dan kisah bersama nenek tersebut.

Sebelum ini Erina berkongsi video momen dia bersama nenek di Instagram hingga menyentuh hati netizen. Dia terkilan dan sedih kerana ini merupakan tahun terkahir dia belajar di sekolah yang terletak di Shah Alam berkenaan.

“Selalu Tolong Nenek Dekat Kantin”

mak cik kantin

Jadi, dia menghadiahkan nenek dengan sejumlah wang sebagai tanda terima kasih kerana melayan dia dengan penuh kasih sayang dan dapat menumpang kasih sayang seoranng nenek kerana nenek sebelah ayahnya telah lama meninggal manakala sebelah ibu pula berada jauh di Sarawak.

“Itulah sebab saya berikan nenek duit raya. Saya memang dah lama pasang niat nak bagi nenek duit raya memandangkan ini merupakan tahun terakhir saya dekat sini. Saya mulla kumpull duit daripada awal tahun ini untuk beri pada nenek.

Sewaktu dia berikan duit kepada nenek, kelihatan riak wajahnya sangat sebak dan terharu. Menurutnya, hubungan yang dibina tidak akanrenggang dan putus dan dia berdoa agar nenek yang baik itu diberi kesihatan dan sentiasa bahagia.

“Niat Bagi Duit Tanda Terima Kasih”

Begitulah, melalui kisah murid dan mak cik kantin yang digelar nenek ini, jika kita mengamalkan kasih sayang tanpa batas di dunia ini, semuanya akan indah dan aman damai. Kebaikan yang disalur kepada orang lain sememangnya salah satu akhlak terpuji dan patut dicontohi.

Sumber: Mstar

Baca lagi: “Pagi Ke Sekolah, Petang Tolong Saya Jual Nasi..”, Ibu Menangis Anak Dapat Keputusan Cemerlang SPM Walau Tahu Dia Bergelut

tags: | | |