Makan di luar adalah satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Tidak dinafikan makan di luar adalah lebih mudah berbanding memasak di rumah.
Kita tak payah nak keluar membeli barangan dapur dan berpenat lelah di dapur. Hanya kunjungi mana-mana kedai atau restoran dan pesan sahaja makanan yang dinginkan. Lambakan kedai makan di luar sana seolah-olah sudah tidak menjadi masalah buat kita semua.
Namun apabila makan di luar, pasti akan berlaku isu atau perkara yang membuatkan kita berasa tidak puas hati. Tidak kisahlah sama ada dari segi hidangan makanan, pelayan atau pun keadaan kedai yang dikunjungi.
Walaupun lebih senang makan di luar namun akan ada satu dua perkara yang menyebabkan kita berasa kecewa atau sebagainya.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Syaf di aplikasi TikTok berkenaan dengan rasa kecewanya setelah memesan makanan di restoran yang agak terkenal.
Pada mulanya, Syaf memesan Ayam Masak Merah Rice Meal yang berharga RM20.45 untuk satu pinggan. Namun apabila makanan sampai, dia berasa kecewa apabila nasi tersebut tidak seperti dalam gambar.
Malah lebih hambar lagi adalah apabila melihat ayam tersebut yang kecil dan kelihatan langsung tidak menarik. Jauh berbeza dari gambar yang ditunjukkan, acar juga tidak kelihatan di dalam pinggan tersebut.
@bouqait Kecewa la, mahal tau untuk Nasi ayam masak merah pastu sampai2 hambar macam ni😭 Ke memang hambar macam ni je ?
@syaaaaffff97Kecewa la, mahal tau untuk Nasi ayam masak merah pastu sampai2 hambar macam ni😭 Ke memang hambar macam ni je ?
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh wanita ini memandangkan dia juga menghadapi perkara yang sama.
Dalam masa yang sama, ada salah seorang pekerja restoran berkenaan dari cawangan lain menyatakan di tempatnya tidak menghidangkan makanan seperti itu.
Tidak kurang juga ada warga TikTok yang memberi saranan untuk makan di restoran lain dan ada juga yang memuji kesedapan chicken chop di restoran tersebut.
Kasihan juga apabila ada pelanggan yang terkena macam ni. Hidangan makanan yang sampai amat mengecewakan dan tidak setanding langsung dengan harga yang dikenakan.
Kita dah bayar mahal-mahal tapi makanan yang sampai sedemikian rupa pastinya ia membuatkan kita berasa tidak puas hati.
Jadi sebagai pelanggan kami berharap, agak pihak berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya dan menambahbaik setiap hidangan yang disediakan kepada pelanggan.
Sumber: TikTok Syaf
Baca juga: “Aku Rasa Dia Ada Masalah Hidup..” Selamba Makan Kulit Durian, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Hebat