Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dapur & Peti Ais Bersepah Gara-Gara Kerenah Anak Kecil, Inilah Dugaan Yang Perlu Dihadapi Para Ibu

Dapur & Peti Ais Bersepah Gara-Gara Kerenah Anak Kecil, Inilah Dugaan Yang Perlu Dihadapi Para Ibu

Kategori:
KERENAH ANAK KECIL

Sebagai seorang ibu yang berada di rumah sepenuh masa untuk menjaga anak-anak, perkara itu tidak semudah seperti yang disangka. Ramai yang beranggapan bahawa para suri rumah memiliki kehidupan yang mewah dan mudah. Hanya perlu duduk di rumah dan menjaga anak-anak.

Namun, untuk membesarkan anak-anak ini, para ibu bapa perlu kuat dari segi fizikal dan mental. Ini kerana anak-anak sangat aktif dan teruja untuk meneroka persekitaran mereka pada usia kecil. Jika tidak obses dengan gadget, maka ruang rumah lah yang menjadi ‘permainan’ mereka.

Dapur & Peti Ais Bersepah, Ibu Ini Tabah Hadapi Kerenah Anak Kecil

Di laman TikTok, seorang pengguna, yourhappiness99, memuat naik sebuah video yang memaparkan gelagat comel anaknya di rumah.

Bukan gadget dan handphone yang menjadi mangsa, sebaliknya ruang rumah wanita itu yang menjadi taman ‘permainan’ peribadi anaknya. Jika dilihat, semua ruang tidak selamat. Dengan mainan berselerak di ruang TV, malah di dapur habis semua barangan dan peralatan bersepah. Tak cukup dengan itu, anak kecilnya turut sibuk selongkar peti ais.

Bila ditegur, anaknya terus mengusiknya dengan menjelirkan lidah. Aduh, beginilah kerenah anak kecil setiap hari. Ibu-ibu hanya mampu sabar.

@yourhappiness99Hmmm ngai cakap lah😌♬ original sound – 🧸 – E Z Z E

Dugaan Para Ibu, Mereka Turut Kongsi Pengalaman Sama

Di ruangan komen, segelintir warganet yang sudah bergelar sebagai seorang ibu bapa memahami apa yang dialami oleh wanita itu. Apabila sudah mempunyai anak-anak, perkara ini pasti akan terjadi. KERENAH ANAK KECIL

Lebih Elok Bermain Di Dapur Dari Bermain Handphone

Malah, ada juga segelintir individu yang lebih gemar anak-anak mereka bermain di dapur dari bermain handphone yang boleh menjejaskan pembesaran mereka. KERENAH ANAK KECIL

Bagus juga apabila anak-anak aktif bermain di dapur, dari situ bolehlah minat dengan memasak boleh dipupuk. Namun, pastikan anda meletakkan barangan berbahaya seperti pisau, cerek elektrik, pengisar dan sebagainya di tempat yang sukar dicapai oleh mereka.

Kredit: TikTok yourhappiness99

Baca Juga: “Mak Asyik Main TikTok..” Gara-Gara Tinggalkan Anak Bersama Periuk Nasi, Ini Pula Jadinya..

tags: