Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Daun Ketum Kini Bernilai RM4 Bilion Di Amerika Syarikat, Dijual Dalam Bentuk Kapsul, Minuman Teh

Daun Ketum Kini Bernilai RM4 Bilion Di Amerika Syarikat, Dijual Dalam Bentuk Kapsul, Minuman Teh

Kategori: ,
daun ketum

Selamat berabad-abad, daun ketum adalah sebahagian daripada amalan tradisional di Malaysia dan Thailand.

Melihat kepada keberkesanannya, daun ketum kini menjadi industri bernilai RM4 bilion di Amerika Syarikat, menurut laporan Bloomberg.

Daunnya tergolong dalam keluarga tumbuhan kopi dan biasanya dikunyah untuk melagakan kesakitan meningkatkan tenaga.

Daun Ketum Kini Bernilai RM4 Bilion Di Amerika Syarikat, Dijual Dalam Bentuk Kapsul, Minuman Teh

Di Amerika, sama seperti Malaysia, negara itu masih terperangkap di tengah-tengah perdebatan hangat antara potensi dan risiko kesihatan.

Sejak itu, daun ketum telah tersebar di seluruh Amerika dan dijual pelbagai kedai vape, bar dan dalam talian.

Secara tradisinya, di luar bandar, daun ketum dijemur kering, sebelum dikunyah atau dibuat air.

Lain pula kalau di Amerika Syarikat, di mana bentuk penggunaannya berbeza-beza, ada dalam bentuk kapsul, minuman, teh, atau bentuk cecair pekat.

Bagaimanapun, tiada kajian menyeluruh dan data masih terhad untuk menentukan tahap sebenar kesan pengambilan daun ketum.

Bagi sesetengah pakar, pengambilan daun ketum dalam bentuk semula jadi jarang menyebabkan kesan sampingan yang serius.

Malaysia Sudah Lama Senaraikan Ketum Di Bawah Kawalan Akta Racun

Menurut Dr. Kirsten E. Smith dari Universiti Johns Hopkins, tidak ada bukti kukuh untuk mengatakan bahawa ketum adalah berbahaya.

Food and Drug Administration (FDA) juga pernah mengeluarkan amaran bahawa pengambilan Ketum Cecair Hitam boleh menjadikan seseorang melaku hal yang agresif dan dalam beberapa kes pula juga boleh membawa kepada kematian.

Selain itu, FDA juga memberi amaran bahawa penggunaan ketum juga boleh menyebabkan kerosakan hati, sawan, dan ketagihan.

Pada 2016, Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS (DEA) cuba mengklasifikasikan ketum bersama heroin dan ekstasi sebagai dadah dan haram untuk diambil secara suka-suka.

Bagaimanapun rancangan itu ditangguhkan selepas mendapat bantahan daripada orang awam dan kumpulan penyokong ketum, namun DEA menyenaraikan ketum di bawah ‘perkara yang membimbangkan’.

Di Malaysia pula, ketum sudah lama berada di bawah kawalan Akta Racun 1952 yang mengklasifikasikannya sebagai bahan terkawal.

Akta ini memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara empat tahun atau kedua-duanya kepada sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual atau memiliki serta menggunakan ketum secara haram.

Sumber: Bloomberg 

Baca juga: Tular Pekerja Auntie Anne’s Cium Tepung Uli Pretzel, Pekerja Itu Dipecat Serta Merta

tags: | |