DBKL Hanya Caj RM500 Untuk Tapak Bazar Ramadan Tahun Ini, Ramai Pengunjung Berharap Peniaga Tidak Naikkan Harga Jualan Sewenangnya

Dalam bulan Ramadan, biasanya perkara yang disebut-sebut adalah jualan makanan dan minuman di bazar Ramadan.
Apa yang menjadi perhatian dan perbincangan selalunya adalah harga jualan di bazar yang tidak tercapai dek akal.
Kepada peniaga yang masih mengekalkan kualiti dan harga jualan, tahniah diucapkan.
DBKL Hanya Caj RM500 Untuk Bazar Tapak Ramadan Tahun Ini, Ramai Pengunjung Berharap Peniaga Tidak Naikkan Harga Jualan Sewenangnya
Pengumuman yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada tempoh hari mencetuskan satu perdebatan di ruang media sosial antara harga tapak dan harga jualan.
Tinjauan Daily Makan terhadap komen orang ramai berkenaan harga jualan bazar Ramadan di KL mendapati ramai yang berharap agar harga jualan makanan yang dijual di sana berpatutan ekoran caj tapak hanyalah RM500.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengendalikan sepenuhnya permohonan lesen dan penyelenggaraan tapak bazar Ramadan di ibu negara mulai tahun ini bagi memastikan bayaran sewa gerai berpatutan dan pengurusan yang lebih baik.
DBKL Kendali Sepenuhnya Permohonan Lesen
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, pendekatan baharu itu adalah untuk menangani aduan mengenai yuran permohonan perniagaan.

“Dalam pendekatan baharu ini, kami juga menawarkan bayaran sewa yang berpatutan. Bayaran sewa bazar (Ramadan) hanya RM500 kira-kira RM16 sehari. Terdapat aduan bahawa ada peniaga yang membelanjakan sehingga RM20,000 tetapi gagal mendapat gerai,” katanya ketika hadir sebagai tetamu di program Ruang Bicara Bernama TV pada Khamis (23 Januari) malam.
Dr Zaliha berkata, DBKL akan bekerjasama dengan badan korporat untuk memastikan operasi bazar Ramadan lebih teratur.
Sumber: The Star
