Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Aku Yang Nangis..” Dedah Selalu Pelanggan Tolong Bayarkan Makan Minum Pakcik Ini, Rupanya Ada Kebaikan Yang Sering Dilakukan

“Aku Yang Nangis..” Dedah Selalu Pelanggan Tolong Bayarkan Makan Minum Pakcik Ini, Rupanya Ada Kebaikan Yang Sering Dilakukan

Kategori:
Pelanggan tolong bayarkan makan minum

Hidup di atas dunia ini hanya sementara. Selagi boleh beramal dan melakukan kebaikan, berbuat baiklah sesama kita walau siapa pun itu. Selain menolong orang, memudahkan urusan orang, bersedekah juga antara kebaikan yang selalu disarankan untuk dibuat.

Tidak kira sama ada bersedekah wang ringgit ataupun makanan. Walaupun dalam jumlah yang banyak mahupun sedikit tetaplah bersedekah. Kerana dengan bersedekah ia dapat menyucikan jiwa dan rezeki kita lebih murah serta mudah.

Dedah Selalu Pelanggan Tolong Bayarkan Makan Minum Pakcik Ini, Rupanya Ada Kebaikan Yang Sering Dilakukan

Sebagai salah satu contoh adalah seperti mana yang dikongsikan oleh pemilik kedai makan yang dikenali dengan nama Miecendolpaknik menerusi aplikasi TikTok. Apabila dia berkongsi berkenaan seorang pakcik yang sudah berusia dan bekerja sebagai pegawai keselamatan di sebuah Pasar Raya.

Pakcik berkenaan seringkali mengunjungi kedai makan miliknya dan selalunya pakcik berkenaan akan memesan Milo Ais dan Bihun Sup. Namun setiap kali dia menjamu selera di kedai makan Miecendolpaknik ini, setiap kali itulah ada pelanggan tolong bayarkan makananannya.

“Pakcik guard ni selalu mai pekena milo ais & bihun sup. Selalu juga customer tolong bayarkan makan dan minum untuk pakcik ini. Semoga kit semua dimurahkan rezeki selalu InshaAllah”. tulis Miecendolpaknik dalam video tersebut.

SubhanaAllah, murahkan rezeki pakcik guard ini. Namun rupa-rupanya disebalik kebaikan yang diberikan oleh pelanggan lain itu rupa-rupanya turut ada kebaikan yang dilakukan oleh pakcik ini.

Siapa sangka, sebagai seorang pegawai keselamatan yang sudah berusia dan tetap gigih bekerja untuk mencari sesuap nasi namun dia masih lagi sempat berfikir untuk melakukan kebaikan kepada orang lain.

Menurut salah seorang pemilik akaun TikTok yang dikenali dengan nama Abd Rahman Bin Said, menurutnya dia mengenali pakcik tersebut. Menurutnya, pakcik tersebut selalu belanja orang makan serta minum dan pakcik berkenaan juga merupakan seorang pegawai keselamatan di Econsave Petani Jaya.

“Kenai pakcik ni. Selalu belanja orang makan dan minum. Guard Econsave Patani Jaya. Kawan juga ni”, tulis Abd Rahman di ruangan komen video yang dikongsikan oleh Miecendolpaknik ini.

@miecendolpaknik1992🤲🤲🤲♬ original sound – MrBeast Malaysia😊500k coming – MrBeast Malaysia 600k❤️❤️

Alhamdulillah syukur masih ada lagi yang prihatin..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai lagi komen lain yang ditinggalkan oleh penonton yang menonton video berkenaan.

Selain ramai yang mendoakan pakcik ini agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan, ada juga yang terkejut dan sedih apabila melihat pakcik yang seusia itu masih gigih berkerja. “Allahu diusia ini masih bekerja. Moga murah rezeki yang tolong pakcik ni” – Kamarul Laila.

Manakala menurut Ahmad Roszini pula, dia bersyukur kerana masih ada dan ramai lagi yang prihatin dengan insan seperti ini. ” Alhamdulillah syukur masih ada lagi yang prihatin dengan insan begini”.

Jadi pengajarannya, tidak miskin pun jika kita bersedekah. Bahkan kita akan mendapat lebih lagi nikmat dari Allah. Lihat sahaja apa yang pakcik ini lakukan, dia sentiasa belanja orang makan dan sentiasa ada pelanggan tolong bayarkan makanan yang dimakannya hampir setiap hari.

Sumber: TikTok miecendolpaknik1992

Baca juga: “Baik Buang Kat Lantai..” Buang Habuk Rokok Dalam Pinggan, Pelanggan Ini Jadi Bualan Ramai

tags: | | | | | |