Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tugas Aku Hanya Tolak Troli” – Definisi Jadi Isteri Seorang Chef, Buat Isteri Rasa Bersyukur Kerana Semua Barang & Masak Diurus Suami Sendiri

“Tugas Aku Hanya Tolak Troli” – Definisi Jadi Isteri Seorang Chef, Buat Isteri Rasa Bersyukur Kerana Semua Barang & Masak Diurus Suami Sendiri

Kategori:

Mungkin mendapatkan suami yang bekerja sebagai ‘chef’ adalah idaman untuk semua para wanita di dunia ini. Kerana, mereka tidak perlu memikirkan makanan apa yang perlu dimasak setiap hari ketika pulang dari bekerja.

Sama seperti wanita ini merupakan isteri seorang chef, bahawa tugasnya hanya perlu tolak troli sahaja. Kerana semua tugas seperti beli barang dapur diuruskan oleh suaminya dan sama juga dengan memasak di rumah.

“Tugas Aku Hanya Tolak Troli” – Definisi Jadi Isteri Seorang Chef, Buat Isteri Rasa Bersyukur Kerana Semua Barang & Masak Diurus Suami Sendiri

Kisah ini dikongsikan oleh adfastar_legacy dimana beliau merupakan isteri seorang chef dan berkongsi kisah mereka di laman media sosialnya.

Beliau menunjukkan cara suaminya yang merupakan chef yang ambil alih tugas membeli barang dapur dan juga memasak di rumah.

isteri seorang chef

Apa yang mengejutkan beliau adalah apabila suaminya membeli sangat banyak barang-barang dapur kerana mereka hanya duduk berdua sahaja.

“Ikut sahaja saya, sebab saya yang bayar!” ujar suaminya kepada beliau.

isteri seorang chef

Ini adalah baru betul definisi suami “beras kita beli”, kerana barang-barang yang dibeli suaminya mencukupi dan banyak seperti ada anak ramai.

Sesungguhnya begitulah yang semua para wanita idamkan mempunyai suami seperti ini.

isteri seorang chef

Tapi, di akhir video ada benda yang melucukan apabila suaminya menadah tangan untuk berdoa di dalam kereta.

“Ya Allah, semoga selepas ini isteri aku rajin memasak. Pagi-pagi dah ada breakfast, ada kopi. Balik kerja sahaja dah ada makanan, ada makanan je balik kerja. Amin, Ya Allah!” doa suaminya semasa di dalam kereta.

Si isteri tergelak sahaja mendengar doa si suami itu.

@ifa_arya

Definisi isteri seorang Chef . Semua barang dapur dia uruskan. 😅#suamichef #rosyammart #fyp

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

@adfastar_legacy Definisi isteri seorang Chef . Semua barang dapur dia uruskan. 😅#suamichef #rosyammart #fyp ♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Saya Setuju Ini Baru Beras Kita Beli

Menerusi di ruangan komen, warganet mengatakan bahawa wanita ini sangat bertuah kerana mendapat suami yang sangat memahami isterinya.

isteri seorang chef isteri seorang chef isteri seorang chef isteri seorang chef

Semoga para wanita di luar sana dikurniakan suami yang baik hati dan penyayang terhadap isterinya. Para isteri merupakan wanita paling kuat di dunia ini kerana mampu lakukan apa sahaja apabila berkaitan dengan keluarga mereka.

Kredit: adfastar_legacy

Baca Juga: “Pertama Kali Tengok Chef Tak Tersenyum”- Badan CZN Burak Susut dan Muka Cengkung, Warganet Berduka Bila Dapat Tahu Chef Ini….

tags: | |