Setiap orang mempunyai pelbagai dugaan hidup yang perlu dihadapi. Namun, setiap dugaan yang hadir itu sesuai dengan kemampuan diri untuk menempuhinya. Sebagai contoh, ada insan yang dilahirkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ia sudah tentu menyebabkan kehidupan seharian mereka menjadi terbatas.
Walau bagaimanapun, bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sesuai dengan pepatah tersebut, kegigihan seorang insan istimewa yang tular di media sosial telah menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsian oleh Danie Cheng di laman sosial Twitter yang mempromosikan jualan miliknya kepada orang ramai. Beliau merupakan seorang pemuda OKU tapi gigih mencari rezeki demi menambung kos kehidupan seharian.
Saya pon ade menjual mask dewasa rm 25 untuk 50 keping. Jangan malu jangan segan untuk sapot saya.. Nk beri sumbangan pon blh. Semua hasil jualan saya ini saya buat dengan sahabat karib saya.
Wassap saya di http://wassap.my/+60162758379 untuk mendapatkan mask atau kerepek sekarang.
Pembelian anda amat saya hargai kerana saya dapat menambah modal jualan saya.