Ramadan tahun ini kelihatan berbeza dari tahun sebelumnya. Sekarang, pelajar-pelajar asrama juga berpeluang untuk berbuka puasa dan bersahur bersama kawan-kawan memandangkan mereka sudah dibenarkan untuk kembali ke asrama masing-masing.
Untuk bersedia, pihak sekolah akan meminta pihak kantin untuk menyediakan makanan dan minuman untuk pelajar berbuka puasa dan bersahur. Namun memandangkan mereka masih lagi muda dan tidak berada di bawah pengawasan ibu bapa, ia menjadi sukar untuk memantau mereka. Kalau tidak dikejutkan untuk bangun bersahur, sudah tentu mereka tak akan turun.
Bersiap sedia untuk menjamu makanan buat pelajar asrama yang menetap, sebuah kantin sekolah telah bertungkus lumus menyediakan pelbagai makanan dan minuman untuk mereka di awal pagi.
Siap dimasak dan dihidang satu-satu di dalam pinggan, pihak kantin dengan sabarnya menanti pelajar-pelajar asrama turun untuk bersahur. Namun setelah lama menanti, keadaan dewan makan asrama kelihatan sunyi sepi dan tiada satu pun kelibat pelajar kelihatan.
Memandangkan waktu bersahur akan tamat tak lama lagi dan azan subuh akan berkumandang, pihak kantin juga risau jika pelajar tidak akan bersahur dan akhirnya menyebabkan pembaziran dan kerugian.
@dibah_husna #fyp #BersahurBersamaBerocca #HadaLaboRayaGlow ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai berasakan hal itu merupakan sesuatu yang biasa bagi pelajar asrama. Tidur sehingga lupa untuk bangun bersahur, mereka perlu dikejutkan.
Budak-budak kalau tak dikejutkan untuk bersahur, memang tak akan bangun. Oleh itu, ia perlu menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk mengejutkan mereka untuk bersahur. Kalau tak, kesian pula dekat pihak kantin yang sudah kepenatan menyediakan makanan dan minuman untuk mereka. Rugi dengan begitu sahaja!
Kredit: dibah_husna
Baca Juga: Lagi Kes Kena Scam, Wanita Kecewa Beli Kebab Tapi Dapat Roti Putih