Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tolonglah Kesian..”, Dianiaya Pelanggan Sampai Tak Sempat Berbuka Puasa Jadi Punca Rider Ini Menitis Air Mata

“Tolonglah Kesian..”, Dianiaya Pelanggan Sampai Tak Sempat Berbuka Puasa Jadi Punca Rider Ini Menitis Air Mata

Kategori:
DIANIAYA PELANGGAN

Pekerjaan sebagai seorang food rider bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ramai yang beranggapan bahawa ia merupakan satu kerjaya yang sangat mewah dengan waktu yang sangat fleksibel.

Tapi realitinya tidak sebegitu. Selain perlu menghadapi risiko yang tinggi, pendapatan yang tidak menentu tapi mereka juga berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan. Lebih-lebih lagi di bulan puasa, hal itu benar-benar boleh menguji kesabaran.

Dianiaya Pelanggan Sampai Tak Sempat Berbuka Puasa Jadi Punca Rider Ini Sebak

Tular di media sosial, seorang wanita berkongsi peristiwa sebak yang telah disaksikan olehnya. Walaupun hal itu bukan dialami oleh dirinya secara langsung, dia bersimpati pada rider yang bernasib malang dan telah dianiaya pelanggan.

Menurut wanita itu, rider tersebut telah menerima pesanan seperti biasa dan bergerak untuk menghantarkannya pada lokasi pelanggan. Namun setelah tercari-cari, dia tidak menemuinya. Bahkan hampir sejam, dia gigih mencari dan cuba menghubungi pelanggan tersebut.

Walaupun telah mencuba sebaik mungkin, rider itu menerima satu pesanan menerusi Whatsapp dan dimaklumkan bahawa pelanggan itu telah membatalkan pesanannya.

Mungkin penat seharian berpuasa dan terlalu kecewa, hal itu membuat rider itu berasa sebak dan menitis air mata.

Bersimpati dengan apa yang terjadi pada rider itu, wanita tersebut memohon pada orang ramai untuk tidak terlalu kejam pada para rider yang sedang penat mencari rezeki.

Tambahnya pula, dia turut berharap orang ramai lebih berhati-hati dan mengisi maklumat yang betul ketika meletakkan sebarang pesanan. Hal itu akan memudahkan para rider untuk melakukan penghantaran.

Assalammualaikum . Harap sesiapa yg oder makanan dng grab food atau food panda tolonglah kesian dng adik 2 ni . Dari jam 7.40 hingga jam 8.30 dia tunggu dan tel cust yg oder makanan tapi cust tak angkat tel.

Tiba2 dapat wssap cust batalkn oder. Adik ini belum buka puasa lagi. Berlinang air mata dia. Kesian dia nak cari duit lebih untuk tampung perbelanjaan kolejnya. Nak balik ke Puchong pulak. Cuba bayangkan kalau dia adik atau anak kita sendiri mesti kita sedih bila orang buat mcm ni.

DIANIAYA PELANGGAN DIANIAYA PELANGGANDan kalau oder barang tolonglah guna alamat yang lengkap. Jangan guna alamat orang lain . Harap sesiapa yg oder ini terbaca dan berfikir perasaan adik ini. Salam Ramadan.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan perkara yang terjadi. Mereka turut mendoakan agar rider tersebut dipermudahkan urusan.

“Sabar Bang..” DIANIAYA PELANGGAN

Sebagai seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan, janganlah kita menganiaya seseorang sebegini. Jika terjadi perkara sebegini, sesiapa sahaja turut akan berasa kecewa.

Semoga rider tersebut terus menghadapi cabaran yang berat sebegini.

Kredit: Siti Raudzah

Baca Juga: “Aku Sorang Je Perasan?”, Wanita Luah Rasa Kecewa Dengan Kek Secret Recipe. Rupanya Ini Sebabnya..

tags: