Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Dikecam Kerana Biadab Campak Makanan Ketika Beri Bantuan, Zoey Rahman Jelas Isu Sebenar

Dikecam Kerana Biadab Campak Makanan Ketika Beri Bantuan, Zoey Rahman Jelas Isu Sebenar

Kategori:
Biadab campak makanan

Jika menyebut perihal komuniti Bajau Laut, segelintir orang tidak mengetahui hal sebenar yang dihadapi mereka. Kebanyakan mereka memang tinggal di laut Sabah yang dikenali sebagai Pulau dan tinggal di dalam bot atau pondok yang dibina atas air.

Status mereka tidak bernegara. Menjadikan ia satu-satunya kumpulan manusia di rantai ini yang tidak memiliki negara. Mereka sering berpindah randah untuk mencari rezeki. Entik ni mempunyai kehidupan yang jauh ketinggalam zaman akibat sistem dunia yang menindas.

Dikecam Kerana Biadab Campak Makanan Ketika Beri Bantuan, Zoey Rahman Jelas Isu Sebenar

Biadab campak makanan

Baru-baru ini, pelakon Zoey Rahman berkongsi rezeki dengan penduduk Bajau Laut di sebuah pulau kecil di Mabul, Sabah. Ia telah disalah anggap oleh sesetengah individu apabila dia didakwa bersikap biadap kerana membaling makanan kepada mereka yang mengerumuninya.

“Saya minta maaf jika ada yang anggap tindakan saya membaling pek makanan itu sebagap biadap. Ya, memang khilaf saya sendiri kerana memberi makanan cara sebegitu.

“Namun saya juga perlu fikirkan soal keselamatan kerana ketikaitu saya berada di atas bot dan mereka akan menyerbu jika ada mana-mana pihak menghulur bantuan. Jadi tindakan ketika itu tidak disengajakan.

“Rasanya orang-orang yang pernah ke sana akan faham dengan situasi sebenar, memang sukar untuk dikawal,” katanya kepada Mstar tentang isu biadab campak makanan itu.

Terdahulu, Zoey menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen selepas dia memuat naik video memperlihatkan dirnya sedang menghantar bantuan ke pulau berkenaan.

Orang Yang Sudah Ke Sana Akan Faham Kenapa…

Biadab campak makanan

Dalam pada itu, Zoey turut menjelaskan apa dilakukan bukan kerana sengaja mencipta ‘content’ di media sosial demi meraih perhatian netizen.

Sebaliknya, tindakan memuat naik video tersebut hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman peribadi selain panduan sekiranya ada sesiapa yang ingin melawat ke kawasan berkenaan.

“Tak perlu saya nak buat content sebegitu untuk tujuan promosi atau sengaja mahu meraih perhatian. Saya muat naik video tersebut sekadar berkongsi pengalaman peribadi.

“Mungkin ia boleh dijadikan ssebagai panduan buat pengikut saya yang mahu pergi ke sana nanti. Kalau sesiapa yang nak berikan bantuan boleh bersedia dengan barangan dalam kuantiti lebih banyak untuk diagihkan kepada penduduk di sana,” jelasnya.

@zoeyrahman Semoga ibu2 suku #bajaulaut sentiasa diberi kesihatan & kebahagian. Amin ❤️💐 #fyp #fypシ #belijiwa #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #bajau #mabul ♬ Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah

Bukan Tujuan Raih Perhatian, Kisah Ini Boleh Jadi Rujukan

Biadab campak makanan

Menerima semua teguran dengan hati terbuka, Zoey enggan isu sebegitu diperbesarkan dan sedar setiap individu berhak menyuarakan pendapat mereka.

Dalam masa sama, Zoey juga akan lebih berhati-hati dalam semua tindakan pada masa akan datang supaya tidak lagi menimbulkan rasa kurang senang atau menyentuh sensitiviti pihak lain.

Sumber: Mstar

Baca juga: “Siapa Sakiti Lelaki Ni…”, Makan Dapat Malu Pun Dapat? Ramai Tanya Bila Mesin Jerit Ni Nak Keluar Dekat Malaysia!

tags: | |