
Rojak dan cendol merupakan pasangan makanan yang sering mendapat perhatian ramai. kenikmatan rasa cendol yang menyejukkan menjadi kegilaan bagi setiap yang merasainya.
Campuran cucur udang, sayur-sayuran dan juga telur yang dilimpahi kuah kacang membawa nikmat kepada siapa sahaja yang menikmatinya.
Din Maju No 1 Rojak dan Cendol yang bertempat di Tasik Ampang Hilir. Ia kini telah beroperasi selama 18 tahun di Kuala Lumpur. Kelazatan dan keenakkan makanannya telah mengiktirafkan tempat makanan ini sebagai no 1 di Malaysia.
Din Maju No 1 Rojak dan Cendol menyediakan makanan yang menarik perhatian pelanggan dengan tempat makannya yang redup di payungi pokok-pokok rendang serta menghadap tasik memberi keselesaan kepada pelanggan untuk datang menjamu selera.
Tonton video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat ini:
Kredit: Hypp Inspirasi