Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home Β» Berita Β» Diperlekeh Pelanggan Kerana Jual Takoyaki Tepi Jalan Walau Ada Ijazah, Rupanya Peniaga Ini…

Diperlekeh Pelanggan Kerana Jual Takoyaki Tepi Jalan Walau Ada Ijazah, Rupanya Peniaga Ini…

Kategori:
diperlekeh pelanggan

Hidup di dunia hanya sementara. Sifat sombong di dalam diri tidak akan kemana-mana kerana akhirnya kita semua akan kembali jua kepada pencipta. Jangan memandang rendah kepada seseorang kerana pada akhirnya, pangkat atau darjat hanyalah hal-hal yang tidak abadi.

Seperti perkongsian seorang graduan meluahkan rasa sedih mengenangkan perbualannya dengan seorang pakcik kira-kira bulan lepas. Nazirah yang berumur 24 tahun itu berniaga takoyaki sepenuh masa berkata pakcik berkenaan datang ke gerainya dan pada awalnya hanya berbual seperti biasa.

Diperlekeh Pelanggan Kerana Jual Takoyaki Tepi Jalan Walau Ada Ijazah, Rupanya Peniaga Ini…

diperlekeh pelanggan

Menurut Mstar, yang senang disapa sebagai Ira berkata pelanggan tersebut bagaimanapun membuatkan dia berasa tidak selesa apabila mula mempertikaikan kerjaya dan jalan hidup yang dipiliihnya.

“Ada seorang pakcik ni datang beli takoyaki saya jual. Mula-mula kami borak topik biasa sahaja. Lepas itu dia mula tanya hasil jualan harian saya, ada tak dapat dalam anggaran RM100 hingga RM200?”

“Saya teragak-agak nak jawab sebab tak selesa bila orang luar tanya tentang jualan. Saya cuma iayakan sahaja dengan cakap Alhamdulillah boleh dapat,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tidak terhenti di situ, lelaki tersebut kemudian bertanya tentang status pendidikannya pula.

Setelah mendengar kisah wanita itu yang merupakan graduan dan memilih menjual takoyaki sejak Mac 2021, Ira berkata lelaki tersebut seolah-olah terkejut, bagaikan tidak boleh menerima apa yang didengarinya.

“Pakcik tu ada tanya sekolah sampai tahap mana? Saya cakap yang saya pelajar ijazah. Dia macam terkejut juga dengan apa saya beritahu.

“Kemudian dia mula tanya lepas ni saya nak buat apa dengan degree tu? Tak kerja atau buat apa-apa menggunakan kelulusan saya. Saya pun beritahu yang ketika itu saya baru sahaja habis praktikal. Konvo pun belum lagi.

“Sebenarnya saya dah faham maksud pertanyaan dia. Tapi saya malas nak cakap lebih jadi ‘tamatkan’ perbualan tu dengan beritahu saya boleh je nak minta kerja, tak jadi masalah pun,” imbas Ira yang merupakan graduan bidang Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepuujian, Unviersiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

Pelanggan Terkejut Dia Ada Ijazah, Bagaikan Tidak Boleh Terima Dia Jual Takoyaki

diperlekeh pelanggan

Ceritanya lagi, pakcik itu meghulur duit bayaran bagai acuh tidak acuh. Selepas apa sangkaan yang dituju pakcik berkenaan terhadapnya, dia begitu terkilan.

“Dia bayar duit tu dengan lepaskan sahaja dan tak hulur dengan dengan saya. Bukan apa saya terkesan dengan soalan pakcik tu sebab sebelum ini dah beberapa orang tanya soalan macam ni seolah-olah merendahkan saya. Jadi bila terjadi sekalii lagi, saya pun buat video luahkan pasal ni.

“Sebelum ni lagi teruk sebenarnya. Ada seorang pakcik tu cakap belajar tinggi-tinggi buat apa, balik jual ais krim? Pakcik pun boleh. Lebih kurang macam tu ayat dia sebab saya ada juals soft ice-cream juga,” ujar Ira.

Tambahnya, jika diikutkan kepada situasi, ayahnya merupakan penguasa stesen minyak sendiri di Keratong. Jadi boleh sahaja dia hidup senang dengan bekerja di bawah ayahnya. Tetapi dia tidak mahu melakukan hal sedemikian kerana dia mahu mula daripada bawah.

“Sebenarnya ayah saya ada buka bisnes stesen minyak sendiri dekat Keratong. Boleh saja kalau nak kerja dengan dia tapi saya lebih memilih untuk mula dari bawah baru kita harrgai kejayaan itu.

Ayah Saya Ada Stesen Minyak Sendiri, Tapi Saya Nak Mula Berjaya Dari Bawah

diperlekeh pelanggan

“Bagi saya kita kena faham rezeki tu Allah tetapkan. Kita hanya mampu berusaha. Ilmu kita ada bukan semata-mata digunakan untuk bekerja. Berniaga walaupun kecil-kecilan macam saya sekarang pun perlukan ilmu untuk kembanglam dan majukan business,” ujar Ira lagi.

https://www.tiktok.com/@singgahluu_kitchen/video/7128290596426370331?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@singgahluu_kitchendah biasa dipandang rendah cuma harini nak terluah huhu♬ suara asli – Hi, ini meme – π‘΄π’†π’Žπ’†π’Šπ’π’Šπ’Žπ’†π’Žπ’†πŸΉπŸΏ

Melalui kisah diperlekeh pelanggan kerana jual takoyakiΒ  Β Semoga kita sentiasa menjadi orang yang tidak menyombong. Selalu sebarkan kebaikan dan semangat untuk orang lain. Semoga adik Ira sentiasa berjaya dan lebih berjaya pada hadapan hari-hari mendatang.

Sumber: mStar

Baca juga: Gelagat Cina Kelantan Ratah Ulam Budu Sambil Cakap Pelat Kelantan, Netizen Terkejut Bahasa Tak Pelat Langsung

tags: | |