Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pak Cik Disangka Sedang Jual Roti, Ramai Yang Terharu Bila Tahu Perkara Sebenar!

Pak Cik Disangka Sedang Jual Roti, Ramai Yang Terharu Bila Tahu Perkara Sebenar!

Kategori:
pakcik disangka jual roti

Perkataan yang sering kali kita dengar, sedekah itu punca rezeki. Sedekah itu membuatkan rezeki kita bertambah. Semakin banyak yang kita bagi dekat orang, semakin banyak rezeki yang datang pada kita. Rezeki itu dalam pelbagai rupa bentuk. Termasuklah wang ringgit, kesihatan dan kebahagiaan.

Seperti yang dilakukan oleh seorang pakcik ini. Jika dilihat dari jauh, beliau disangka sedang menjual ‘sesuatu’ dari kereta ke kereta. Rupa-rupanya tanggapan itu salah kerana pak cik itu sebenarnya sedang bersedekah dengan caranya tersendiri.

Kejadian itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ct Mariam Manaf, apabila perkara itu berlaku di depan matanya sendiri. Jom baca perkongsian lengkap olehnya di bawah.

Sharing kisah pagi ni. CikT keluar watson terjumpa sorang pakcik ni nak masuk watson. Dia memang ikut sop, tulis nama & scan.

Dalam hati bagus pakcik ni tapi terfikir pakcik masuk watson nak cari apa sebab biasa org perempuan suka masuk watson kan.

Bila CikT masuk kereta nampak pakcik ni dah keluar watson & pergi ke kereta kat parking. Baru perasan di tangannya ada 1plastik 7eleven penuh berisi roti. Sambil duk tgk wasap CikT perhatikan dia. Bila dia sampai kat kereta, CikT pun buka la cermin tanya jual ker? Nak beli la niat nk tlg dia. CikT beli la 1pek dgn harga lebih dr yg dia bgtau niat nak sedekah.

Sekali tengok rupanya dia pergi ke semua kereta & motor yg parking & letak semua roti tu kat setiap kereta tu. Ya allah bagusnya pakcik ni. Mungkin tu caranya dia bersedekah. Di awal pagi dah pergi beli roti untuk sedekahkan pada orang. Mulia hati pakcik tu.

Tak perlu tunggu kaya baru nak sedekah. Tak perlu tunggu sempurna @ nampak hebat baru nak sedekah. Masa yang terbaik untuk sedekah di saat kita tidak punya apa-apa.

Peringatan untuk diri sendir & juga u tuk sahabat CikT semua. Semoga kita sentiasa diringakan tangan untuk sentisa bersedekah tak kira dari segi apa sekali pun.

Kalau rasa bermanfaat, siapa baca boleh share.

Rata-rata netizen turut terharu dengan tindakan pak cik itu. Lihat komen-komen daripada netizen di bawah.

Sumber: Facebook Ct Mariam Manaf

tags: |