Kejadian tidak disangka oleh sepasang suami isteri dan anak-anak apabila mereka sekeluarga dalam perjalanan ke sebuah homestay di Kelantan untuk bercuti. Perkongsian oleh si suami, Encik Azam Mahat telah mendapat pelbagai reaksi oleh warganet.
Dalam perjalanan, tiba-tiba mereka ternampak satu ‘kedai makan’ yang dipenuhi orang ramai sehingga kelihatan pelanggan beratur. Mereka merancang untuk singgah makan di situ pada keesokan harinya. Keesokannya mereka singgah di ‘kedai makan’ tersebut.
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni kami bercuti ke Pantai Timur. Setibanya kami di Kelantan, kami terus mencari lokasi Homestay yang telah ditempah.. dalam penjalanan ke Nazaihomestay di kawasan Pasir Pekan, Kelantan,dari dalam kereta, kami ternampaklah orang ramai beratur untuk mengambil makanan di sebuah ‘warung’ ni.
Saya cakap kat isteri, “mesti makanan kat situ sedap-sedap, sampai ramai orang beratur nak makan, ESOK kita kena try makan kat situ”…saya terus sebut menu-menu sedap di kelantan yang ingin dicuba pada ESOK hari…Dari jauh Keadaan kat ‘warung’ tu memang nampak meriah dengan pelbagai jenis lauk terhidang, lepas tu nampak macam ramai pelangan pula…
Mereka dengan slumber masuk ke kedai tersebut, kelihatan 4 orang ‘pelanggan’ yang sedang minum. Lauk yang tersedia juga kelihatan enak. Baru hendak memesan air, tiba-tiba seorang makcik datang membawa satu jug teh o sedangkan mereka belum memesan.
Esoknya seperti yang telah dirancang, setelah pulang dari Pasar Siti Khadijah, terus kami ke warung semalam, “abang nak try makan nasi kerabu kat situlah”,saya cakap kat isteri.
Suami isteri tersebut mula tidak sedap hati, teringat kes orang yang makan di kedai yang disangkakan kedai makan. Rupa-rupanya betul apa yang mereka sangkakan, ‘kedai makan’ yang disangka warung itu adalah merupakan sebuah rumah selepas bertanya kepada makcik tersebut.
‘Ni bukan warung ke mokcik?’, tanya aku..’bukan, ni rumah mokcik’… Hahahaha malu weh….tak sangka ia betul-betul terjadi…kami pun apa lagi, cepat-cepat mohon maaf dan nak beredar…
“Make lah, ado rezeki, meme langkah kanan ni”… Kata pokcik pula…wei, perasaan masa tu tak tau nak cakap macam mana beb…aku pandang isteri aku, dia pandang aku…malu oo…
Rupa-rupanya pada hari sebelumnya, kedai tersebut nampak ramai pelanggan beratur sebab ada kenduri kesyukuran. Alahai!
Maka berbuallah kami, diaorang kata, semalam yang ramai-ramai tu diaorang buat kenduri kesyukuran, jadi lepas solat Jumaat, siapa yang berkelapangan bolehlah singgah makan sebab nak pastikan orang ikut SOP…sebab tu ada banyak meja, tu yang nampak macam kedai makan tu…
Kebetulan meja2 tak kemas lagi hari ni, diaorang pun makanlah anak beranak kat luar……nak dijadikan cerita memang diaorang tak gunakan khemah macam kenduri biasa tu,meja disusun dalam kawasan rumah, yang memang nampak sebijik macam warung-warung yang dibuat berhampiran rumah seperti kat tempat aku…..
Apa-apa pun layanan diaorang memang terbaik, mokcik tu bahasakan diri dia sebagai Mama..sebelum kami balik, dia siapkan bungkuskan kueh mueh untuk dibawa balik….
Sepanjang perjalanan pulang, kami asyik bercerita tentang hal ni,macam tak percaya ia betul-betul terjadi kat kami…isteri pula asyik memuji kebaikan hati orang Kelantan…sampai dia kata nak cari menantu orang kelantan….erm….aku ingatkan ‘madu’ orang kelantan tadi….
Apa-apa pun orang kelantan memang Terbaik…hahaha kenangan awal tahun 2021….
Sumber: Azam Mahat
Baca Juga: Seronok Terima Layanan Elok Dan Penuh Beradab Oleh Peniaga, Teringat Pula Pada Zaman Kecil Dahulu