Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Memang Tak Dapat Maafkan Diri Sendiri..”, Disebabkan Ikan Patin Masak Tempoyak, Gadis Ini Rasa Bersalah Dengan Ibunya Sepanjang Hidup

“Memang Tak Dapat Maafkan Diri Sendiri..”, Disebabkan Ikan Patin Masak Tempoyak, Gadis Ini Rasa Bersalah Dengan Ibunya Sepanjang Hidup

Kategori:

Orang Pahang pasti sudah biasa dengan Ikan Patin Masak Tempoyak bukan? Malah orang di luar Pahang juga sudah biasa dan sangat-sangat menggemari Ikan Patin ini. Sehinggakan ada yang rela ke Pahang untuk mendapatkan ikan atau makan di sana.

Kalau dapat makan pastinya tak ingat dunia. Lebih-lebih lagi kalau masakan itu ibu kita sendiri yang sediakan. Air tangan ibu ni memang luar biasa sedapnya. Berkenaan dengan ikan patin dan masakan ibu ini. Ada seorang gadis di aplikasi TikTok sempat berkongsi kisah yang membuatkan dia rasa bersalah seumur hidupnya.

Menurut gadis yang bernama Ayuni Nur ini, rasa bersalah itu kerana pada mulanya ibu Ayuni ada menyediakan masakan kegemarannya iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak. Selepas siap memasak Ikan Patin berkenaan, Ayuni tidak memakannya lagi.

Pada waktu itu juga, kakak nombor tiga bersama abang ipar kepada Ayuni ini ada pulang ke rumahnya. Memandangkan ingin makan bersama apabila malam nanti dia langsung tidak menjamah masakan berkenaan.

Namun apabila malam tiba kakaknya sudah ingin pulang kembali ke Terengganu tanpa makan malam bersama terlebih dahulu.

Alangkah sedihnya ayuni apabila..

Jadi ikan patin berkenaan dibungkus sahaja untuk dibawa pulang oleh kakaknya ke Terengganu. Selepas kakaknya sudah pulang dengan terujanya dia pergi ke dapur dan membuka tudung periuk. Alangkah sedihnya Ayuni apabila dalam periuk berkenaan sudah tiada ikan, tinggal kuahnya sahaja.

Disebabkan itu hilang moodnya untuk makan. Ayuni mula merajuk dan mengadu kepada kawannya dan mengatakan ibunya sayang menantu lebih. Hal tersebut diketahui oleh ibunya, rupa-rupanya kawan Ayuni yang memberitahu kepada ibunya.

Pada malam tersebut juga, ibunya membuat status wassap yang bertulis ‘maafkan emak’. Rupanya yang bungkus lauk berkenaan sampai habis adalah kakaknya dan bukannya ibu. Nak dijadikan cerita pula, mungkin disebabkan rasa bersalah seorang ibu, keesokkan harinya ibunya pergi ke Jerantut untuk membeli Ikan Patin.

Apabila Ayuni mengetahui yang ibunya pergi ke Jerantut yang mana jarak perjalanan selama 1 jam dari rumahnya semata-mata untuk membeli ikan patin dia diselubungi dengan rasa bersalah. Rasa bersalahnya teramat sangat.

Ayuni juga turut berasa bimbang jika berlaku apa-apa kepada ibunya. Sekiranya apa-apa yang berlaku kepada ibunya pada waktu tersebut dia tidak akan memaafkan dirinya.  Namun Alhamdulillah tiada apa yang berlaku terhadap ibunya. Allah menjaga perjalanan ibunya.

https://www.tiktok.com/@ayuninur1/video/7032075166322609434?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274

@ayuninur1Saya ceritakan semula🥰. Minta maaf ye semua 🙏. ##malaysia ##mom ##fypシ♬ original sound – AyuniNur

Menjengah ke ruangan komen, ada warga TikTok yang sedih mendengar cerita dari Ayuni ini. Jadi pengajaran daripada kisah yang dikongsikan oleh Ayuni ini adalah kita sebagai anak sebenarnya tiada hak pun untuk merajuk. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua.

Kredit: TikTok AyuniNur

Baca juga: “Jauh Beza Dengan Ayam Goreng KFC..”, Anak Komen Kata Ayam Goreng Pasar Malam Lagi Cantik Dari Ayam Goreng Ibunya Buat Warganet Tergelak 

tags: |