Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ditipu RM3 Ribu Meniaga Cendol, Lelaki Ini Kongsi Kisah Disapa Seorang Tidak Dikenali, Menangis Minta Bantuan

Ditipu RM3 Ribu Meniaga Cendol, Lelaki Ini Kongsi Kisah Disapa Seorang Tidak Dikenali, Menangis Minta Bantuan

Kategori:
meniaga cendol

Dalam perniagaan, tidak dapat dinafikan memang ada pasang surutnya. Terkadang, hal yang tidak dijangka boleh berlaku dengan tidak terduga.

Paling ditakuti adalah jika ada unsur penipuan oleh orang yang kita percaya. Lagi-lagi ketika dunia sedang dilanda ekonomi yang tidak menentu. Pelbagai dugaan harus dihadapi untuk menyuap nasi ke dalam perut.

Ditipu RM3 Ribu Meniaga Cendol, Lelaki Ini Kongsi Kisah Disapa Seorang Tidak Dikenali, Menangis Minta Bantuan

Terbaharu, seorang pengguna TikTok bernama Danish Firdaus berkongsi kisah yang baru dialaminya menerusi video yang dikongsi di TikToknya hari ini. Dia menceritakan bagaimana ketika dia sedang menerbangkan drone, tiba-tiba dia dihampiri oleh seorang lelaki yang meminta bantuan sambil menangsi ke arahnya.

Melalui perkongsian video berkenaan, Danish menerangkan lelaki tersebut telah ditipu sebanyak RM3000 ketika dia sedang menguruskan perniagaan cendol. Difahamkan, lelaki berkenaan berasal dari negeri Johor dan membuat perniagaan cendol di Serdang, Selangor.

meniaga cendol

“Saya tengah main drone. Lepastu dia tiba-tiba datang cakap ‘assalamualaikum saya nak jumpa imam, saya takda duit, takda family, meniaga kena tipu.

“Jadi dia datang cakap nak jumpa imam in hope imam dapat bantu dia. Jadi saya pun bantu dia sikit dan bagi advice mana yang saya boleh tolong dia,” ceritanya menerangkan kisah lelaki ditipu meniaga cendol dengan lebih lanjut.

Melalui keterangan peniaga cendol terbabit, dia ditipu dengan kenalannya yang ingin membantunya meniaga cendol tetapi semua duitnya dikebas sehinggakan telefonnya juga diambil. Ingin pulang kepada keluarga, tetapi keluarga tidak menerimanya.

“Ditipu Kenalan Meniaga Cendol, Keluarga Tidak Terima, Mahu Jumpa Imam Minta Tolong”

Lelaki itu juga menghulur not RM50 kepada peniaga terbabit sebagai duit tambang atau makan sementara menunggu bantuan daripada iman.

meniaga cendol

@danish.firds

I tengah fly drone, tiba2 ada seorang pakcik ni datang sebelah saya minta bantuan dia menangis #bantuan #videoviral #tiktokmalaysia #orangmiskin #fyp #fypシ #cendol

♬ Sad Emotional Piano – DS Productions

@danish.firds I tengah fly drone, tiba2 ada seorang pakcik ni datang sebelah saya minta bantuan dia menangis #bantuan #videoviral #tiktokmalaysia #orangmiskin #fyp #fypシ #cendol ♬ Sad Emotional Piano – DS Productions

Melihat ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan peniaga cendol berkenaan dan mendoakannya dimurahkan rezeki. Di ruangan komen itu juga ada yang mentioned Ustaz Ebit Liew untuk memberi bantuan kepada peniaga tersebut.

“Terima kasih kerana bantu pakcik tu, semoga abang dimurahkan rezeki yang berlipat ganda dan dipermudahkan  segala urusan pakcik tu,”kata netizen.

Selain itu, mengambil komen netizen lain, Firdaus berkata “tak kira siapa pun dia kau tolong, terbaik. Allah menjanjikan nikmat syurga pada sesiapa sahaj berbuat baik. Semoga rezeki kau lebih mahal bro,”katanya.

“Tuhan Janjikan Ganjaran Kepada Orang Yang Menolong Orang Lain”

meniaga cendol

Terima kasih kepada pemilik video berkenaan kerana membantu tanpa mengira latar belakang seseorang. Semoga peniaga cendol itu mendapat bantuan yang sewajarnya dan kita semua dijauhkan dengan tipu-menipu dunia yang tidak terjangka ini.

Sumber: Danish Firdaus

Baca juga: “Rumah Jauh, Fee Sikit, Akak Rasa Berbaloi?”, Tindakan Rider Ini Buat Ramai Kesal, Ini Ceritanya..

tags: | |