Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Doktor Bagi ‘Amaran’ Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali, Boleh Menyebabkan..

Nasiha Gaberan by Nasiha Gaberan
Januari 2, 2021
in Tips Makanan
2 min read
0 0
0
Minyak Masak
0
SHARES
216
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Minyak masak merupakan satu keperluan harian manusia. Walaupun ia boleh didapati dengan harga yang murah, masih ramai orang yang gemar menggunakannya secara berulang kali. Namun hakikatnya, amalan ini perlu dihindar kerana ia boleh membawa keburukan kepada tahap kesihatan kita.

BacaJuga

burung terjun dalam minyak

Kelakar & Kasihan! Kejadian Burung Terjun Dalam Minyak Buat Warganet Geli Hati, “Nasib Tak Rentung..”

Januari 3, 2021
160

Penggunaan Minyak Masak Berulang Kali Berisiko Undang Masalah Kesihatan Kronik

Menurut perkongsian oleh Dr. Ahmad Samhan, penggunaan minyak masak berulang kali boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan khususnya penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.

Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakannya lagi beberapa kali sebelum dibuang. Jom baca pesanan yang dikongsikan oleh Dr. Ahmad Samhan di bawah:

  1. Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
  2. Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
  3. Hati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
  4. Elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
  5. Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
  6. Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.

Minyak Yang Dikitar Semula Hanya Sesuai Dijadikan Bahan Bakar

Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan. Menurut beliau lagi, beliau juga turut melarang isterinya menggunakan kembali minyak sama. Cukup hanya sekali.

Sumber: Dr. Ahmad Samhan

Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Premium WordPress Themes Free
ZG93bmxvYWQgbHluZGEgY291cnNlIGZyZWU=
download lava firmware
Tags: Minyak Masak
ShareTweetSend

Related Posts

Petua Simpan Daun Ketumbar
Tips Makanan

Petua Simpan Daun Ketumbar Supaya Kekal Segar & Hijau Selepas ‘Sebulan’

Januari 16, 2021
219
Taugeh Kekal Segar
Tips Makanan

Petua Taugeh Kekal Segar Selepas Simpan Berminggu, Tak Cepat Hitam & Lebam

Januari 12, 2021
415
Kentang Bertunas
Info

‘Bahaya’ Makan Kentang Bertunas & Berwarna Hijau Sebab Beracun? Baca Penjelasan Ini

Januari 11, 2021
287
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2020 Copyright Daily Media

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2020 Copyright Daily Media

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist