Bagi individu yang taksub untuk kurus sanggup melakukan apa sahaja. Bukan sahaja ada yang sanggup mencuba pelbagai jenis ubat kurus. Namun ada juga yang sanggup mencuba amalan diet yang tidak disarankan oleh pakar. Seperti amalan diet yang pernah viral dan menjadi trend pada waktu ketika dahulu iaitu Water Fasting.
Water Fasting ini adalah diet yang hanya minum air kosong sahaja, tidak dibenarkan minum mana-mana air manis kecuali air kosong. Ada yang mengamalkan diet ini sehingga beberapa hari dan terpaksa menanggung pelbagai risiko akibat dari pengamalan diet tersebut. Berkenaan dengan Water Fasting ini, ada seorang wanita yang memuatnaik sebuah video berkenaan dengan dirinya yang mengamalkan diet ini.
Selama 5 hari, wanita tersebut langsung tidak menyentuh nasi dan hanya minum air kosong semata-mata. Dari itu dia berhasil menurunkan berat sebanyak 7 kilogram. Ekoran dari video tersebut, seorang doktor yang dikenali dengan nama Dr Irma Izzati Abd Malek muncul menasihatkan orang ramai tentang bahaya water fasting untuk tubuh badan kita.
Dia juga turut menasihatkan orang ramai agar batalkan niat untuk melakukan diet seperti ini. Terlalu banyak risiko yang bakal terjadi memandangkan badan manusia hanya disarankan untuk mengambil 8 gelas air sahaja sehari. Jika mengambil air yang berlebihan, kemungkinan besar boleh menyebabkan koma, otak bengkak dan sebagainya. Memandangkan badan kita bukanlah mesin jadi kita disarankan untuk makan nasi juga. Adalah lebih baik mengamalkan diet suku-suku separuh.
@drirmaizzati #stitch with @𝓲𝓮𝓴𝓪𝓯𝓲𝓸𝓷𝓪𝓪🦋 #TahukahAnda #tiktokdoc #tiktokguru #motivasi #learnontiktok
@drirmaizzati #stitch with @𝓲𝓮𝓴𝓪𝓯𝓲𝓸𝓷𝓪𝓪🦋 #TahukahAnda #tiktokdoc #tiktokguru #motivasi #learnontiktok ♬ original sound – Dr. Irma Izzati Abd Malek
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warganet. Namun rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dinasihatkan oleh Dr Irma ini. Ada yang berkongsi tidak berani mengamalkan diet water fasting ini kerana tekanan darah rendah. Malah ada juga yang sempat berkongsi cerita pernah cuba mengamalkan diet seperti ini pada waktu siang, apabila malam melahap makanan macam bela saka.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi pernah mengamalkan diet ini namun akhirnya menghidap gastrik. Ada juga yang berkongsi berkenaan dengan rakan keluarganya yang makan sayur dan minum air sahaja selama seminggu, kemudiannya pengsan di tempat kerja.
Jadi buat anda di luar sana, semoga nasihat yang disampaikan oleh Dr Irma ini dapat membuka minda dan hati anda semua tentang bahaya water fasting ini. Nak mengamalkan diet untuk kurus boleh tetapi jangan sampai menyakiti badan sendiri.
Kredit: TikTok Dr Irma Izzatii Abd Malek
Baca juga: Wanita Ini Dimasukkan Zon Merah Kerana ‘Terlebih’ Air Kosong, Tak Sangka Sampai Boleh Terkena…