Telur masin merupakan antara lauk yang sering dihidangkan oleh kebanyakan dari kita bukan? Telur masin ini kebiasaannya dibuat dari telur itik. Namun ada juga yang membuat telur masin menggunakan telur ayam. Selain dibuat sendiri, telur masin ini juga banyak dijual di pasaran.
Nak buat telur masin ini ada beberapa cara. Cara yang paling mudah adalah dengan merendamkan telur itik atau ayam ke dalam air masin untuk beberapa ketika. Apabila ia sudah mencapai tempoh sepatutnya, kita bolehlah rebus dan makan telur berkenaan.
Berkenaan dengan rebus atau masak telur masin ini. Tahukah anda kita juga boleh menggunakan Air Fryer untuk memasak telur ini. Apabila menggunakan Air Fryer ini, caranya lebih mudah dan senang tau. Tak payah nak letak air, hanya letakkan sahaja telur berkenaan dalam Air Fryer dan setkan masa. Nak cuba? Jom kita ikuti cara yang didedahkan oleh Doktor Fatimah Salim ini.
Telur masin masak dalam penggoreng elektronik (airfryer). Cantik kan kejadiannya?
Mudah saja tetapannya
Suhu: 110 degree Celsius
Masa: 15 minit
Tambahan tips:
Lebih mudah dan cantik kan masak telur masin dalam Air Fryer ini? Bagi anda yang ada Air Fryer dekat rumah tu, boleh lah cuba masak telur masin macam ni. Dah tak payah nak letak air dalam periuk dan basuh. Masukkan je dalam penggoreng eletronik tu. Memang mudah, cepat dan sangat cantik kejadiannya!
Kredit: Dr Fatimah Salim Via Makmal Makanan
Kredit gambar: Syahr Musafir
Baca juga: Anak Nelayan Dedah 6 Tips Pilih Ketam Isi Padu & Penuh Telur, Baru Puas Hati Makan!