Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Doktor ‘Dedah’ Tempat Penyimpanan Kicap Yang Sebetulnya, Tak Boleh Simpan…

Doktor ‘Dedah’ Tempat Penyimpanan Kicap Yang Sebetulnya, Tak Boleh Simpan…

Kategori: ,
cara penyimpanan kicap

Kicap merupakan cecair yang sering digunakan dalam masakan sebagai penyedap atau penambah makanan. Bahan utama pembuatan kicap ini adalah kacang soya. Kacang soya ini akan diproses dengan cara yang tertentu sebelum menjadi kicap.

Kicap yang terdiri daripada manis dan masam ini seringkali menimbulkan persoalan dalam fikiran kita kan? Apakah cara penyimpanannya yang betul. Adakah perlu dimasukkan ke dalam peti ais? Hal ini telah dijawab oleh doktor di laman facebook Makmal Makanan.

Penyimpanan kicap yang betul di mana?

Menurut Doktor Fatimah Salim dan Doktor Ilzanno Sharky tidak perlu simpan kicap di dalam peti ais kerana ianya mempunyai kandungan garam yang amat tinggi. Kandungan garam yang tinggi ini meningkatkan kepekatan kicap sehingga ke tahap tiada organisma boleh tumbuh di dalamnya.

Sama seperti madu yang mana mempunyai kadar kepekatan yang amat tinggi. Jadi ia tidak perlu disimpan di dalam peti ais. Namun yang berbezanya madu mempunyai kepekatan gula manakala kicap mempunyai kepekatan garam.

Walaubagaimanapun, pastikan botol penutup kicap tersebut ditutup rapat jika tidak dimasukkan ke dalam peti. Ianya adalah kerana apa-apa kandungan luar seperti air (kadar humiditi atau kelembapan udara di dapur di Malaysia ini selalunya tinggi), serangga dan lain-lain berpotensi merosakkannya.

Pastinya sudah kebiasaan bagi anda kalau melihat atau ternampak kulat di penutup atau sekeliling penutup botol kicap ini apabila lama tidak digunakan.  Hal tersebut terjadi adalah kerana kadar kelembapan udara yang tinggi. Jadi untuk lebih selamat simpan sahaja dalam peti ais.

Sekarang sudah jelas dah kan tempat penyimpanan kicap yang sebetulnya. Jadi terserah kepada anda, tempat mana yang anda inginkan untuk menyimpan kicap ini. Sama ada di dalam atau di luar peti ais. Simpan di luar tadi masalah, simpan di dalam peti ais pun tiada masalah. Namun pastikan anda menutup dengan kemas penutup kicap berkenaan apabila simpan di luar.

Sumber : Facebook Makmal Makanan

tags: | |