Resepi kali ini adalah donat gebu gebas. Walaupun nampak senang, sebenarnya ada beberapa masalah yang biasa dihadapi semasa membuat donat terutamanya bagi mereka yang pertama kali membuatnya. Antara masalah yang dihadapi untuk membuat donat ialah kadang-kadang ada donat yang menyerap banyak minyak, mengecut selepas digoreng, dan yang sering berlaku ialah donat menjadi keras selepas ianya sejuk. Jom kita lihat cara untuk menghasilkan donat gebu gebas.

Bahan-bahan

  • Air Suam (300 ml)
  • Garam (1 sudu teh)
  • Yis (1 paket)
  • Susu Pekat Manis (2 sudu makan)
  • Tepung Gandum (500 gram)
  • 1 Biji Telur
  • Minyak Masak (2 sudu makan)
  • Pembalut Plastik
  • Minyak Menggoreng
  • Pemotong Donut
  • Gula Kastor

Cara-cara

  1. Bancuhkan air suam, garam, yis dan susu pekat manis. Kacau.
  2. Campurkan tepung gandum, telur, minyak masak dan yis yang telah dibancuh. *masukkan yis yang dibancuh sedikit demi sedikit sambil menguli.
  3. Ulikan tepung.
  4. Tuangkan sedikit minyak bagi mengelakkan tepung melekat ketika kembang.
  5. Tutup adunan dengan pembalut plastic. Tunggu sehingga tepung naik dan kembang.
  6. Canai dan terap adunan.
  7. Gunakan pemotong donat untuk menampakkan rupa donat.
  8. Panaskan minyak dan goreng donat.
  9. Salutkan donat dengan gula kastor.
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

Sumber: Ani’s Home Recipe

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 40 times!)