Rasa donat yang enak dan gebu dari Dunkin’ memang tiada tandingan! Selain aneka pilihan donat dan sandwich, ramai yang turut menggemari kesegaran kopi Dunkin’ Donuts yang padu!
Bagi anda yang dah lama tak nikmati donat sedap dari Dunkin’, inilah masanya kerana terdapat donat baru yang anda boleh cuba!
Menu terbaru dari Dunkin’ ini pasti bakal menjadi kegemaran masyarakat Malaysia! Jom kita tengok menu terbaru yang ditawarkan dari Dunkin’ Donut!
Terdapat 3 menu donat terbaru yang ditawarkan oleh Dunkin’ yang boleh anda cuba iaitu :
Apam Balik
Donat berinti krim jagung manis dengan topping mentega kacang dan coklat
Onde-Onde
Donat gebu dengan inti krim salted caramel dengan topping coconut flakes dan gula melaka.
Kaya Butter
Donat berinti kaya dan disaduri dengan gula aising.
Untuk nikmati Dunkin’ Donut dengan lebih berbaloi, dapatkan tawaran Combo menarik yang disertakan dengan minuman kegemaran rakyat Malaysia iaitu teh tarik!
Jom kita tengok promosi Combo Dunkin’ Rasa Malaysia yang ditawarkan :
Combo A (Harga : RM 26.50)
6 biji donat + 1 Iced Teh Tarik
Combo B (Harga RM 41.20)
9 biji donat + 2 Iced Teh Tarik
Combo C (Harga RM 50.80)
12 biji donat + 2 Iced Teh Tarik
Anda juga boleh upgrade minuman pilihan anda kepada :
Menariknya menu terbaru yang ditawarkan dari Dunkin’ Donut! Ianya pasti bakal menepati citarasa anda.
Jom dapatkan donat terbaru dari Dunkin’ sementara stok masih ada! Dah alang-alang nak ke Dunkin’ bolehlah pesan sekali minuman Iced Caramel Macchiato yang viral di media sosial! Rugi kalau tak pekena sekali kopi dari Dunkin’ Donut yang kaw dan super sedap.
Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Dunkin’ Malaysia untuk ketahui promosi terkini serta tawaran menarik khas untuk anda!