Bila sebut donut, mesti teringat donut ball cheese yang viral tu kan. Apa kata anda cuba buatnya sendiri di rumah. Intailah resepi di bawah ni.

Bahan-Bahan:-

Bahan A :

  • 500 ml Air suam
  • 2 sudu teh Susu pekat manis
  • 1 sudu teh Garam
  • 1 paket Mauripan

Bahan B :

  • 1 kg Tepung gandum
  • 1 sudu teh baking soda

Bahan C:

  • 1 sudu Marjerin
  • keju dipotong dua (slices cheese)

Cara-Cara Memasak:-

  1. Masukkan bahan A ke dalam bekas dan kacau sehingga berbuih.
  2. Setelah berbuih, ketepikan.
  3. Campurkan semua bahan B.
  4. Kemudian, masukkan bahan A ke dalam bahan B.
  5. Uli adunan tersebut sehingga menjadi doh. Setelah menjadi doh, teruskan menguli selama 10 minit.
  6. Setelah itu, biarkan ia kembang selama 10 minit.
  7. Kemudian campurkan  marjerin ke dalam doh dan uli lagi dan biarkan ditempat panas sehingga kembang dalam 1/2 jam.
  8. Ambik doh yang dibiarkan kembang tadi dan tumbuk untuk keluarkan angin dalam doh.
  9. Ambik sedikit dan masukkan keju di tengah-tengah dan bentukkan seperti bola sebanyak mungkin.
  10. Panaskan minyak dan goreng keperangan. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba semua.

Kredit : Masakan Ringkas

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 4 times!)