Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Dua Maut Keracunan Makanan Disediakan Program Sekolah Selepas Makan Bihun Goreng & Telur

Dua Maut Keracunan Makanan Disediakan Program Sekolah Selepas Makan Bihun Goreng & Telur

Kategori: ,
keracunan makanan

Dua maut akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan bihun goreng dan telur yang disediakan untuk program di sebuah sekolah di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kes pertama melibatkan remaja lelaki tempatan berusia 17 tahun telah memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya selepas menghadiri program di sekolah berkenaan pada Sabtu.

Makan Bihun Goreng & Telur

Menurutnya, mangsa kemudian dilapor mengalami cirit-birit dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 1.30 petang, pada Isnin.

“Bapa mangsa telah hubungi pihak MERS 999 untuk bantuan sebelum anaknya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Noor Ariffin berkata, mangsa keracunan makanan kedua melibatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

“Bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan telah membawa balik makanan selepas selesai program sekolah pada Sabtu.

“Bapa mangsa ada memberi anaknya makan makanan itu,” katanya.

Demam, Muntah & Cirit Birit

keracunan makanan

Ujarnya, kanak-kanak itu kemudian demam, muntah dan cirit birit pada Isnin sebelum dibawa ibunya ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, kes dilklasifikasi sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil dengan menghubungi Ketua Polis Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad di talian 014-2389151 atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor R Khalpna di talian 012-5018901.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Nasi Lemak RM1 Dapat Sambutan Luar Biasa, Terjual Lebih 1,700 Bungkus Sehari

tags: