Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Aksi Ganas Dua Pakcik Bergaduh Sehingga Pecah Kerusi Buat Warganet Risau, Namun Bila Melihat Di Ruangan Komen Pula..

Aksi Ganas Dua Pakcik Bergaduh Sehingga Pecah Kerusi Buat Warganet Risau, Namun Bila Melihat Di Ruangan Komen Pula..

Kategori:
pecah-kerusi

Hidup dalam bermasyarakat ini memerlukan sikap sabar dan bertoleransi. Bagi menjaga keharmonian sesebuah negara dan komuniti, seharusnya kita bersabar dengan bukan sahaja budaya masing-masing, malah sikap.

Jika anda tidak memupuk sikap sabar dan toleransi, pelbagai perselisihan faham boleh berlaku. Situasi tegang juga boleh mencetuskan pergaduhan. Bukan sahaja pergaduhan mulut, malah pergaduhan fizikal juga boleh berlaku. Perkara itu harusnya dielakkan kerana boleh mencederakan beberapa pihak.

Gaduh Sehingga Pecah Kerusi

Di laman TikTok, seorang pengguna, baebyyayaaa_, memuat naik sebuah video yang memaparkan aksi dua orang pakcik yang bergaduh sehingga pecah kerusi!

Kejadian tersebut berlaku berdekatan dengan sebuah gerai. Dua lelaki kelihatan bertindak dengan ganas sambil menghayunkan sebuah kerusi untuk dijadikan senjata. Dua individu juga berada di tempat kejadian, namun tidak terlibat dengan pergaduhan tersebut.

Pergaduhan itu terlerai apabila lelaki yang berkemeja putih telah terlepaskan ‘senjata’ yang digunakan lalu memberi peluang pada lelaki yang berkemeja merah berkotak-kotak untuk memukulnya sehingga pecah kerusi itu. Dipukul pada bahagian tangan, lelaki berkemeja itu berlalu pergi dalam kesakitan.

https://www.tiktok.com/@baebyyayaaa_/video/7032235990962015514?region=MY&mid=7032235973970807578&u_code=deefmbm423ifc3&preview_pb=0&language=en&_d=d1dm58fbd904fk&share_item_id=7032235990962015514&source=h5_t&timestamp=1637368474&user_id=6873278743792993282&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&utm_source=telegram&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&share_iid=6996477519479064347&share_link_id=98c66a41-6be5-4f02-a43f-825c4afc4d40&share_app_id=1180&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@baebyyayaaa_BACA PIN COMMENT SEBELUM MENILAI🥰❗️♬ bunyi asal – ᥫ᭡⁎⁺˳ყαყα˳⁺⁎ᥫ᭡

Tak Dapat Tolong Kerana Ingin Dijadikan Bukti

Risau akan komen dari warganet, wanita itu menjelaskan tindakannya yang tidak pergi meleraikan pergaduhan. Tambahnya, tujuannya untuk merakam adalah untuk dijadikan bahan bukti bila membuat laporan pada pihak berkuasa. pecah-kerusi

Kesiannya Pakcik Itu

Menjengah di ruangan komen, warganet berasa bersimpati dengan apa yang terjadi. Malah, ada yang mendoakan agar lelaki berkemeja putih itu agar cepat sembuh. pecah-kerusi-ksn-m

Warganet Tak Pernah Serious

Namun ada juga beberapa reaksi yang lain dari warganet. Meskipun bersimpati, mereka turut berasa terhibur dengan gelagat lelaki berkemeja putih itu yang melarikan diri setelah dipukul dengan kerusi pada bahagian tangan. pecah-kerusi-klr-m

Buat masa sekarang masih belum ada penjelasan dari mana-mana pihak mengenai situasi sebenar. Namun, perkara sebegitu tidak seharusnya terjadi. Memang bukan main-main ini jika bergaduh sehingga pecah kerusi dibuatnya.

Semoga semua pihak berada dalam keadaan selamat.

Kredit: TikTok baebyyayaaa_

Baca Juga: Viral Video Wanita Makan Sup Katak Nampak Sedap Namun Ini Pula Komen Padu Dari Warga TikTok

tags: