Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Varian Baharu Durian ‘Kayangan’ Ini Dijual Harga RM1,000, Paling Sukar Ditemui Di Pasaran

Varian Baharu Durian ‘Kayangan’ Ini Dijual Harga RM1,000, Paling Sukar Ditemui Di Pasaran

Kategori: ,
Durian Tupai King

Biasanya, antara durian yang paling mahal dan disebut-sebut oleh orang ramai adalah durian jenis Musang King.

Selain itu, durian seperti Black Thorn dan D24 juga merupakan antara durian yang menjadi buruan ramai selain Durian Kampung kerana rasanya yang unik dengan isi mantap.

Menurut Brian Ong di laman Facebook Buza Biz, seorang penjual durian dari Pulau Pinang, varian Durian Tupai King biasanya memiliki berat sekitar 3kg dan dijual dengan harga antara RM600 hingga RM1,000 bergantung kepada keadaan dan kesegarannya.

Varian Baharu Durian ‘Kayangan’ Ini Dijual Harga RM600 – RM1,000, Paling Sukar Ditemui Di Pasaran

“Durian Tupai 226 atau Tupai King kini dikatakan menjadi buah taruhan pemilik kebun atau pengusaha durian sehinggaa mampu dijual antara RM600 hingga RM1,000 sebiji dengan berat sekitar 3 kilogram kepada penggemarnya.

“Ini disebabkan raja buah itu amat sukar ditemui di pasaran tempatan selain dikatakan kurang menjadi pada musim kali ini,” katanya.

Durian Tupai King bukanlah durian yang mudah untuk diperolehi di pasaran Malaysia.

Produksinya tidak sebanyak jenis durian lain seperti Musang King atau D24.

Durian Tupai King Susah Didapati Di Malaysia
Durian Tupai King

Produksi yang terbatas membuatkan jenis ini antara yang susah untuk diperoleh dan menjadi antara yang dicari oleh para kolektor durian.

Brian juga memberikan beberapa tip kepada penggemar durian untuk mengenal pasti Durian Tupai King yang asli.

Isi durian ini kebanyakannya berwarna kuning dengan sedikit hijau dan sangat berlemak.

Aromanya cukup pekat seperti Musang King namun sedikit pahit.

Di Pulau Pinang, Durian Tupai King telah didaftarkan secara rasmi pada Februari 2024 sebagai satu lagi jenis durian yang dijangka mampu menyaingi populariti Musang King.

Sumber: Brian Ong

Baca juga: “Farm Fresh Choco Malt” – Farm Fresh Keluarkan Minuman Coklat Baru Untuk Rakyat Malaysia, Ramai Teruja Support Minuman Lokal Ini

tags: